Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE



Panjang perihal kisah kek ini. Tapi kalau diceritakan panjang-panjang, tanpa ada punch line, bosan dan mual jadinya. Luga. Tapi kalau cerita sikit dan pendek dan ketot, tak puaslah pula, kan?.

Terharu sangat  bila ada seorang teman alam maya pangkat adik yang  email minta saya berikan resepi ini. Sayapun memang dah lama tak buat kek ini. Kali terakhir, kek ini digodek beramai-ramai di pantry office. Macam mana di pantry office bisa saya masak kek sambil bukak-bukak baju dan semua orang boleh ketawa mengekek, mengilai dalam keadaan separa sedar? Itulah 'hebatnya' saya dan rakan-rakan separa gila saya. Malaysia boleh, apa kisah. Huks


2,3 hari lepas saya buat kek ini untuk meraikan satu lagi sesi ketawa mengekek dan acara merebut barang-barang dengan adik beradik. Tak padan dengan umur memasing, tapi bila acara berebut serahlah kepada adik beradik saya yang kadang-kala separa normal juga tu.

Resepi kek ini saya belajar secara demo di kelas kek Chef Khairi, di Yummie Bakery 4,5 tahun dulu. Berebut-rebut orang nak masuk kelas dia sebab beliau merupakan chef di Secret Recipe sebelum berhenti dan membuka kelas kek.  

Dalam kelas tu, Chef Khairi menggunakan pre-mix chocolate sponge cake jenama Bakel's untuk keknya. (Menurut Chef  jenama itulah yang digunakan di SR) * tipu dia, auta jugalah saya. Huuuu. Tetapi sepanjang percubaan saya buat kek menggunakan tepung premix, keknya cepat keras dan kering jika dimasukkan ke dalam peti ais. Sedangkan kek ini sememangnya memerlukan kek berada di dalam peti ais sebelum dipindahkan dengan segera ke tekak raja-raja.



Bahan-bahan (kek):
Sumber : Saya olah resepi kek span dari Blog Kak Yati . 
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
  • Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.
Untuk mengurangkan tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam loyang bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.


Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!


Ini kek sinetron, nampak prosesnya macam panjang.Tapi nak buatnya tak adalah susah sangat. Ala-ala nak cuba pakai baju kawin dulu, bukannya susahpun kan. Walaupun agak menderita nak katup butang & nak zip kain!.Huhu


27 Responses to CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

  1. kek ni mmg feberet kat SC kan.. memang skali imbas nampak cam kek kat sc. wooww.. mengguda. tapi part yg menggodek kek di office sambil bukak baju tu? errkk motif bukak baju? hahha.. saja ngusikkkk

  2. wowwww....hebattt! emmm bila la plak aku nak cuba ekk...kek pandan hang pun berbulan bawu berjaya buat...byk tul rintangan...huhu :(

  3. salam cik cah,
    saya jalan jalan tersesat di sini... dan terus terpikat dengan resepi choc indulgence ini... izinkan saya copy and paste untuk koleksi saya...
    Allah murahkan lah lagi rezeki chah sekeluarga....

  4. kak chah, kalau tuang semua adunan dalam loyang 8 inchi bole? Kaksudnya tkyah bagi dua la..bole?

  5. salam... kak sy nak tanya ni. kalau x pakai dark coklat compound boleh x? pakai coklat masakan biase.. best x? ape beza dark coklat compound dgn coklat masakan biase? harap boleh jawab..

  6. Tengah jln2 kat blog t'tiba t'msk blog akak dan ternampak resepi cake yg pasti sedap ni,saya mmg peminat cake sr,so saya minta izin share resepi ni nak cuba buat,klu t'ingin nak mkn cake sr x payah lah lg p sr terus cari kat dapur je..tq so much.

  7. Assaslam. Akhirnya saya temui resepi yang saya tak payah susah2 nak buat mousse .... (ada sikit m***s). Guna resepi ni utk penuhi permintaan seorang teman dan permintaan yang seterusnya .... :-).
    Terima Kasih kerana sudi berkongsi resepi ni.

  8. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ini ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

Leave a Reply