Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN SEBARAU


Cuti Krismas yang lepas Sang Arjuna saya ke Kenyir untuk satu misi yang besar. Beginilah nasib bila bersuamikan seorang yang gila kerja dan pada masa yang sama,  gila batang kail. Jadi jangan salahkan saya 100% lah jika kadang-kadang gila saya datang tiba-tiba. Hehehe.

Jadi sepanjang ketiadaan beliau, Sang Arjuna cadangkan saya bawa anak-anak mandi swimming pool. Kononnya untuk mengelakkan kami kebosanan dan hampir-hampir  mengalami kemurungan sehinggakan  perlu menerima rawatan mental dek kerna kerinduan pada dia. So dia ke Kenyir, saya dan anak-anak dan keluarga adik ke PD. Huhu. 

Tunggu anak-anak main air, saya menguap. Lepas tu melahap. Dan melahap lagi. Last-last saya boleh dijadikan pelampung sebab memang dah dipam secukupnya. Hiks. 

Masak asam pedas sebegini rasanya glamer di negeri Pahang dan Perak. Cuma bila ada perbezaan dari segi bahan-bahan untuk memasaknya tu, adatlah. Jadi tidaklah saya nak claim inilah masakan asal dan asli asam pedas tempoyak negeri Pahang. Cuma bila emak saya masak macam ni, dan juga saya tengok jiran-jiran mak pun masak macam ni, so Kak Temah ikut ajelah. 


Kali ini saya gunakan ikan sebarau, hasil tangkapan Sang Nelayan tersayang saya tuler. Biasanya saya gunakan ikan patin (sekiranya berkesempatan balik ke kampung dan dapat beli ikan patin sangkar sungai yang fresh).  Tapi ikan nipun bukan sebarang ikan. Jika ikan ini artis, rasanya setakat nak menang anugerah Bintang Fofular 4 tahun berturut-turut tu, dalam tangan je. Sebabnya  ikan ni adalah antara ikan sungai kelas A. Isinya lemak manis, putih gebu ala-ala Datin Cik Kebung Bung Zizie Ezzete yu!


Bahan-bahan:
1 ekor ikan sebarau (anggaran 1kg *nak bagitau laki dia dapat ikan besau heks)
5-6 pokok daun kesum
Segenggam kecil cili padi
2 keping asam gelugur
2 senduk besar tempoyak
1/2 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  • Basuh ikan menggunakan garam dan asam keping. Cuci dan toskan.
  • Kisar cili padi, tempoyak dan kunyit hingga hancur. Masukkan ke dalam air dan kacau sebati.
  • Masukkan asam keping dan daun kesum. Renehkan. Apabila menggelegak kecil, masukkan ikan dan masak dengan api perlahan. *asam pedas ni jika dimasak lagi lama lagi sedap rasanya kerana semua bahan-bahan telah beramah-mesra sepanjang berada bersama-sama dalam periuk tu.
  • Jika ada terung telunjuk boleh dimasukkan, memang lagi ngam.  
  • Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.


5 Responses to ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN SEBARAU

  1. Assalam Chah, waaa ikan sebarau eh... x penah dengar dan x penah makan lgk nih...ikan sungai jgk eh? Mesti killer eh kena dgn tempoyak... :)

Leave a Reply