Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STRAWBERRY PANNA COTTA


Saya 'terserempak' dengan resepi  panna cotta ni, pada satu hari di bulan puasa. Yelah tekak berpuasa mesti asyik mencari yang manis-manis untuk menambah tenaga yang makin berkurang tu kan.

Mula-mula buat ikut resepi 100%. Mak ai manis leting!. Kalah tuannya  yang ada najis lalat ala-ala Latipah Omar ni. Dahlah masa tu percubaan pertama menggunakan mangga. Dalam puree mangga tupun saya bantai tuang gula tanpa secalit dosa macamlah kilang gula CSR tu hatok gua yang punya.

Bila guna strawberry, macam kena je. Sehati sejaworld betul. Lemak-lemak, manis dan ada masam. Lengkap dah tu nak panggil dessert.  Kali ni buat stoberi juga. Maklumlah, stoberi main petik-petik aje kat belakang rumah. Huihui.


Bahan-bahan:
Sumber : Joy Of Baking
7g gelatin
60ml susu cair (saya gunakan 50ml)
1/4 cawan air panas
2 cawan heavy cream (saya guna non-dairy whipping cream)
Gula secukup rasa
Sedikit esen vanilla
7-8 biji strawwberry

Cara-cara:
  • Kisar strawberry dengan air yang minimum. Masukkan gula. 
  • Masak hingga menjadi puree. Ketepikan.
  • Campurkan gelatin dengan air panas dan kacau hingga betul-betul larut.
  • Pastikan gelatin yang dimasukkan ke dalam air dan bukan sebaliknya. Ini kerana gelatin mudah berketul dan mengeras. 
  • Campurkan susu, gula dan cream dan masak hingga mendidih. Masukkan gelatin tadi semasa adunan cream masih panas. Tuang dalam bekas yang sesuai. Sejukkan hingga betul-betul set. Hidangkan dengan puree strawberry untuk menjadikan ia strawberry panna cotta. Kalau campur puree cempedak, jadilah cempedak panna cotta. Begitulah seterusnya hingga habis semua senarai buah-buahan yang ada di muka bumi ini. 



2 Responses to STRAWBERRY PANNA COTTA

Leave a Reply