Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APAM KELEDEK UNGU

Sambil masak laksa kuah lemak seperiuk, sambil kembang-kempis jugalah  hidung Kavitha Kaur ai ni. Sebenarnya sebab tak sabar nak berjumpa hadirin hadirat sekalian yang terdiri daripada adik-beradik je. Hee. 
Ambil berkat orang balik umrah. Alhamdulillah satu-satunya kakak saya kembali dengan selamat dan statement biasa " nak gi lagi!" Tempat yang paling terbestest sekali atas dunia, of course rasa nak pergi lagi , nak pergi lagi akan kekal di sudut hati.
3 hari dah Syaaban berlalu. Makin mendekati Ramadhan yang sentiasa dirindu, kan? Er puasa dah habis ganti ke belum? Cegahlah sebelum parah ye. 

Tapi laksa lemak yang sedap tu dah licin. So apam keledek untuk berbuka puasa boleh? Alah...sedap tau apam ni, dahlah janganlah meminta-minta pada yang tiada. :)
Resepi asal adalah apam labu. Siapa lagi kalau tak si Izah yang gudes-gudes ai suh buat apam sedap ni. Dan, idola sepanjang jaman, Hajah Kak Ummi. Tengs!
Bahan-bahan:Bahan A
3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs air suam
Bahan B
240g keledek ungu(rebus, lenyek dan ditimbang) 
150g gula pasir
150ml santan 
1 biji telur
Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder
Cara-cara:
  • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
  • Campur Bahan B dan kisar halus. 
  • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
  • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
  • Peram kira-kira satu jam.
  • Masukkan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. Kukus hingga masak kira-kira 15 minit.
REMBAU MOST WANTED YAWW!!


10 Responses to APAM KELEDEK UNGU

  1. Kak ratna,

    Sayapun xtau bunga apa tu. Tp pokoknya ala2 pokok seri pagi..yg jenis melilit tiang tu...:)

    Sedap apam ni....resepi izah ni mmg keeper...

  2. Assalam cik adik Hajah Chah, amboooii statement tu yg x tahan...idola sepjg hari cukuplah, kalau sepjg zaman tu hahaha..you buat ai segan meruwap2 laaa...sbb dapur pun dah suam2 sejuk, bukan suam2 panas gituuu... Apapun terus rasa nak korek keledek kot ada yang dah boleh dijadikan apam pulak laaaa..jelezzz ni taaauu...hehe

  3. Kak ummi...
    Terimalah kenyataan kak...lobang idung mu mmg pojaan semalaya...:) kalu kledek yg baru korek tu harus la lg sedap kan kak....

Leave a Reply