Teringat pula jaman-jaman kemuncak nak belajar buat kek ini dek kerna kesedapan gabungan kek dan cream cheese fillingnya. Saya jatuh cinta bila first time makan kek ni yang dibawa seorang kawan pangkat kakak ke pejabat. Tapi sampai ke sudah dia tak mahu bagi resepi sebab resepi tu turun temurun hak milik kekal keluarganya. Huhuhu. Berapa keturunan tu saya tak mahulah masuk campur. Mentang-mentanglah itu jam blog-blog masakan baru nak 'bertunas'. Manalah nak cari resepi kek ni. Paling glamer tempat untuk mencari resepi di internet masa tu, di Mesra.net. Tapi tak disertakan dengan gambar yang mengancam. Apa yang boleh dijadikan panduan bergantung kepada jumlah 'bintang' pada satu-satu resepi yang dipos kat situ. Itu aje.
Bila dah banyak sangat resepi macam sekarang, ha tak tau pula nak guna dan cuba yang mana. Cuba dan rasa, beri bintang sendiri. Saya pernah cuba resepi dari MyResepi, tapi bila dah masak keknya macam terlalu berminyak, biasalah saya bukannya nak salahkan diri sendiri semuaaaaaaa salah resepi. Hihihi.
Beberapa kali guna resepi dari buku Oprah ni, saya suka. Dan dah tekan butang like like banyak kali. Sekarang saya tekan butang share pula. Heee.
Bahan-bahan:
Saiz hidangan : Loyang 9 inci (saya buat separuh dari adunan ini dan sedang elok untuk saiz loaf pan 1.3L)
Sumber: Chef Rori Trovato dari buku The Oprah Magazine Cook Book
*2 1/2 cawan tepung serbaguna (saya gunakan tepung naik sendiri jadi saya omit baking powder)
*1 sudu kecil baking powder
*1/4 sudu kecil soda bikarbonat
*1 serbuk kulit kayu manis*1/4 sudu teh serbuk buah pala
*1/4 sudu kecil garam kosher (saya letak garam biasa tu aje)
1 cawan gula perang
1/4 cawan honey4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan walnut cincang (saya gantikan dengan hazel nut)
1 cawan kismis (saya tak letak)
1 cawan kelapa kering
3 1/2 cawan carrot yang dikisar (perah sedikit airnya)
1 cawan nenas dalam tin (saya gantikan dengan buah peach)
1/4 cawan jus buah nenas (saya letak jus peach)
Cara-cara:
- Ayak bersama bahan bertanda *. Ketepikan.
- Pukul telur dengan honey dan gula perang hingga sebati.
- Masukkan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul lagi. Jangan risau jika adunan tidak kembang seperti kek biasa kerana tiada penggunaan butter dan gula putih.
- Masukkan carrot, kismis dan nenas berserta jusnya. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan campuran tepung dan hazel nut dan kacau rata.
- Bakar pada suhu 160-170 degree C kira-kira 50 minit atau sehingga kek masak.
Dalam buku Oprah resepi tersebut menggunakan soy cream cheese untuk frostingnya. Tapi saya gunakan campuran cream cheese dengan mascarpone cheese. Caranya sama seperti membuat filling dari sini
nanti jap.. sebelum komen pasal kek ni nak komen pasal octopus kat bawah tu. hehe.. ko ni memacamlah chah. kreatip betul.
pasal kek pulak. bundo baru mgu lepas buat kek carrot tapi isinya tak aderlah pelbagai macam yang ko buat. Nak cuba gaklah buat gaya oprah ni.. nampak cam sedap.
cam best jer nak recp ek...TQ :)
Perghhh ngamcam aa... aku dok berahi carrot cake.Tapi tang frosting cheese tu aku berahi...dapnyaaa...
sedapnyer kek lobak! tu mmg favourite kami kat sini...fotografi pun lawa :)
pasni nak cuba gak resepi chah nih.. sukaaaa..