Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAU PULUT HITAM RAHEL

Belakang rumah saya adalah rumah tokey Pau Ahmad. Semua tahukan walaupun nama pau itu sungguh mulia tapi pemiliknya macam biasala! Cha Ya Nun Aliff. Jadi dengan berpindahnya mereka di belakang rumah saya, maka lengkaplah hidup saya dikelilingi penduduk yang guna tisu toilet untuk beristinjak walaupun bekalan air di sini tidaklah berada di tahap kritikal seperti di padang pasir. 
Tinggalkan kisah jiran saya yang suka berkaraoke dengan suara ala-ala tercekik tisu tu. Pening Cik Embun. Harus hasil penjimatan beli bawang bulan depan Cik Embun buat beli sound proof system pulak. Hiks!

Pau yang sungguh berenjut resepi dari dapur Rahel. Kenapa berenjut? Sebab keanjalan disertai dengan kelembutan yang sangat hakiki membuatkan saya menyesal buat satu adunan.  Heeee.
Saya yakin kalau 'jiran pau' saya itu ternampak saya sedang membuat sesi penggambaran pau yang sangat berahi ini, pasti dia akan minta resepi yang sangat whoaaaa! ni. Sori,Cik Embun akan enjut-enjutkan dulu bahu kalau dia paksa juga bagi resepi. Kehkehkeh. 
Bahan-bahan:
Sumber : Majalah Sedap thru Rahel
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g susu tepung
50g gula
1 biji putih telur
115ml air dari peti sejuk
20g shortening
Inti yang disukai secukupnya * saya gunakan inti kaya dan nutella
Cara-cara:
*uli dengan tangan/menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, anda hanya perlu ikut arahan BM masing-masing.
  • Campurkan semua bahan kecuali shortening. Uli hingga sebati dan masukkan shortening. Uli lagi hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Pada tahap ini doh akan menjadi licin.
  • Peram doh hingga naik dua kali ganda anggaran 30 minit.
  • Keluarkan udara dari dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan.
  • Ambil doh anggaran 30g setiap satu . Canaikan dan masukkan inti. Pastikan inti tertutup sepenuhnya. Lapik pau dengan paper cup/daun pisang atau plastik. 
  • Peram lagi hingga naik 2 kali ganda. Saya peram anggaran 15 minit sahaja.
  • Kukus kira-kira 12 minit. Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan pau.

16 Responses to PAU PULUT HITAM RAHEL

  1. Chah...
    kiranya baru tau yang pau ahmad tu cina yang punya..
    eee pk jap pernah ker beli ..tak hingat laa

    ngeri laa kalau ingat,diarang kan tak bersih..alahaiiii

    tapi tayangan pau Chah mmg mampu buat semua terguda..nampak so gebusss

  2. Salam Kak Chah..pau nie saya dah cuba mmg gebus dan sedapkan..confius jugak..asal saya punya hitam akak punya warna ada ungu2 skit..(sambil garu2 kepala)..akak punya kuih pau warnanya lebih cantiklah..mungkin tepung pulut saya tu kot..

  3. Chah, next time cuba bikin pau pulut kuning, posing depan tokey Pau Ahmad, agak-agak gugur tak bulu hidung dia sebab tergugat dengan pemasaran yang bakal berlaku dek pau pulut kuning...ermm

  4. Ina,
    lain ke kaler? kak chahpun lupa cap apa, tapi MIL beli kat siam, nk tengok cap dah buang plak plastiknya sebb semua dh tuang dalam bekas...

  5. ummiaisyah..

    a ah..kompem, tp kalau ramai shareholder dalam company tu x surelah plak, tp big bosh dia belakang umah kak chah ni la...berkilau2 umahnya tu...hehehe...

  6. mas,

    ok sesangat resepi ni, tktaula kebetulan ke apa kak chah sukat betullah sangatkan, tapi bila dah mcampak semua dalam BM, bila jadi doh, mmg sedang elok. Nk bentukpun senang sebab ada liat2 sket sbb tepung pulut tu kan...sila mas sila..

  7. salam..kak jgn sebut2 pau ahmad tu, sebelum trsebarnye berita pau tu itula peberet sy ok...singgah rnr semate2 nk beli paunye yg mulus tulus kudus kumulunimbus itew..pau dagingnya sangaattt..perghhh...sodappp... tp ingat2 blik rasa nyosallll...tapi x taulah pembuatannye bgaimana..harap2 mengikut piawaian n bkn sam,bil gentel pau sambil korek idung..haha.,.cehhh!~ leh kenen2 sket tunjuk pau ni wat2 shoot gambo kt blakang qhomah..berdebo jantung tokey pau ahmad nengok pau yg kaler maler gini..haha

  8. Selamat malam Chah,akhirnya ko berjaya jugak buat pau pulut itam yer...bagi la Rahel seketul dua..nak rasa gak..hehe..tima kasih geng dah sudi mencuba resepi pau yg sememangnya simple tp sedap..yang Pau Ahmad tu ko tak payah layan sudah..hikhikhik..

  9. waduhhhh tak tahan tngk kuih pau pulut hitam ni, lain dari yg lain kan..kalau dpt seketoi ni, maunya mintak lagi dan lagi...he3...nmpk gaya kenalah buat sendiri kan supaya tak ngecek orng punyerrrr...

Leave a Reply