Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MOIST CHOCOLATE CAKE 2



2 Mac. Cuaca terang. Angin bertiup pada skala rendah menjadikan suasana sangat nyaman. Pelangi menanti signal untuk turut singgah. Matahari tersenyum senang. Rembulan menunggu giliran untuk berkongsi sinar. Flora dan fauna bergandingan melagukan irama riang.


Itu suasana 39 tahun yang lepas. Dunia bergembira kerna menyambut seorang bayi comel. Cuma kulitnya agak masak sedikit. Mungkin kerana kehadirannya di saat matahari rembang tegak di atas kepala. 


Yekkk

Sila jangan ngengada nak berfatamorgana lah! 

Heeee. burppday gal in da hauz! 

Sebenarnya saya tidak pernah meraikan hari lahir. Tapi rasa tertunggu-tunggu pada tarikh keramat ini memanglah ada. Oleh kerna hari ini adalah tarikh terakhir saya meraikan ulang  kelahiran pada peringkat 3 series, perasaan jadi dag dig dug pulak.

Untuk mengelakkan debaran menguasai seluruh rongga-rongga badan, jadi saya buat kek. Sendiri buat sendiri potong sendiri makan. Pffttt!

Kepada semua yang membaca, sila kirimkan hadiah  krim anti menapouse  krim anti wrinkle dengan kadar segera!

Bahan-bahan:
Sumber : Hana
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan butter 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu (saya gunakan susu segar)
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
2-3 titis esen vanilla
2-3 titis chocolate emulco (saya tambah)
1/2 sudu kecil nescafe (saya tambah)

Cara-cara:
  • Pukul gula dengan butter hingga gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukkan esen, chocolate emulco dan nescafe.
  • Masukkan susu dan susu pekat. Masukkan air panas dan pukul perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan soda.
  • Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 35-40 minit. Kek ini boleh juga dikukus.

13 Responses to MOIST CHOCOLATE CAKE 2

  1. kikikiki... akak.. kalau nak padam jangan garis, liquick kan. baru ai tak nampak hokeh. hahahha..

    happy birthday buat kak chah. biar pun umur brapa pun, tapi tetap menten muda sokmo ye. smoga berbahgia selalu.. dimurah dicurah dan diredhai dengan rezeki .. diberikan umur yang bermnfaat..ditambah tingkatkan iman.. dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan yang baik2 belaka siggah kat kak chah

    kek best nyer. lama dah tak buat kek coklat kak hana ni

  2. hepi bestday ya chah..nah cekelat langkawi...makan pelan2...jgn gelojoh..sambut kat mana tu?..dan tak lupa juga akak nak ucapkan selamat hari tua..bila dah 40 nanti hati2 dgn sistem pemakanan ya..masa ni lah kalau kita tak hati2 badan akan mula mekar sejambak..bunga kembang tak kuncup2...haha...


    *
    dah terkena tu yg awal2 akak pesan tu

  3. salam tuan rumah.. ehh puan rumah.. owhh ada kek besday.. ada buah mulberi lg tu.. banyak buah masak ya.. meh antor sini sebakul nak buat jem.. heee

    chah.. epi besday! slmt panjang umur, semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan dlm hidup.. semoga diberi kesihatan yg baik, semoga bahagia di dunia dan di akhirat.. semoga.. apa lg ek?? chah sambung sendiri la ya.. ke semoga tak berkedut di wajah nan ayu? hehehe

    alaaa chah.. lek rrr... takut per dgn 4 series!! haha. kang dah dpt balik ayat chah bg ke k.nor .. tahun dpn welkam to 4 series ya.. smoga panjang umur kita boleh senda gurau lg ya chah.. :)

    ** rempah gulai tu rempah gulai ganu tu la.. ganu jer rasanya ada rempah gulai kut.. guna yg cap bunga ros tu pun tak per..

    haaa.. dah baca dan dah balas pun ni ya.. abis utang :)

  4. hepi besdy chah... kik3x.. seronok baca kisah fatamorgana kat atas tu... menghiburkn...kek pon menggiurkn... nx week bufdy k.gee lak... k.gee taknk cream anti wrinkle, nk krim anti gemoks...heeeee

  5. chah laling hepi bufday...
    next year kite boleh join the forty club...hehehe
    MOGA PANJANG UMUR MURAH REZKI, BERBAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT
    p/s-nak jugak rasa kek bufday ko tapi jauhhhh...

  6. HS,

    untuk hang yg teramat spesel, takkan kek cekelat kokak ni je...musti ustaz Don hang blanje yg lagi ebat...krim anti gemuk? boleh..boleh...;p

    CikNor,

    Tq, tua dah Nora oi....huhuuhhu

  7. kak Gee,


    huhuuh...sebenarnya byk lagi krim lain yg diperlukan, krim ubat, krim kedut n kecut, krim montok...uwaaaaaa!!!


    kak Nor,

    ok, pen merah pen biru, u marah ai tetappp lap u... berita paham..hihihih

  8. kak Anim, hukhuk...kita ni bukan setaman dah ni, se cyberjaya dah kembangnya kak...tq cekelat Langkawi, sedapnya cekelat mahal.Cekelat jew kew, pyrex2 takde? ngehngeh...


    Izah laling...

    krim tetttttt tu akan diperlukan pada satu hari yang 'indah' nanti? sob sob sob..

  9. Assalam Chah, happy belated birthday....moga aman bahagia selalu dan diberkati Allah swt jua hendaknya, amiinn ...menarik kek tuh...terliur tgk.. ^__^

Leave a Reply