Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUNFLOWER BUN

Semenjak saya masih lagi hangat-hangat keti kepam memboikot beberapa produk Israel Yahudi Laknatullah, susah jugaklah Kak Ton. Produk muka nak kena tukar ganti. Lening dok selet bedak Nabiha aje kat muka lebam ni, apa cer? Tapi Kak Ton nak tanya, comey dak Kak Ton? 

Oh masih berjaya setakat ini untuk katakan tidak pada Mc D. Hampir setahun. Ebak juga tu!. Walau segebu mana aiskerim dia, saya cekal kan hati yang lemah ni agar kamon Chah, kamon! Hidup mu masih bererti tanpa eskrem Mc D tu. Percayalah!
Dan saya kena percaya. Mesti satu hari nanti  Yahudi jahan*m itu akan goyah juga tanpa saya. Cuma tekad kena kaw-kaw sikitlah. Pasang kekuda siap-siap. Dan yang penting, tunggu buat muka bebal aje bila orang kutuk awak balik, "eleh Mc D ko tak makan, Loreal tak pakai, tapi  dok bukak fesbuk setiap menit" 

Gini lah. Kita tak mampu nak lakukan semua serentak. Kita tak dapat tinggalkan, kita kurangkan. Sekurang-kurangnya ada usaha di situ. Hayaaappp!
Tolonglah senyum sikit. Seindah suria. Macam roti suria saya ni. 

Bread maker dah dalam berbungkus dalam gendong. Ari ni rajin bukak balik. So meroti lah kita, boleh?

Dulu-dulu saya guna resepi basic bun daripada Chef Li. Tapi bila dah terbiasa guna resepi Chef Micheal ICCA, saya terus carry on guna resepi ni. So jangan lah nak gaduh-gaduh lah resepi mana yang terbaik lebih sedap dan sebagainya. Buat stress ginjal  aje, gitu ko?
Bahan-bahan:
Sumber : Chef Micheal, ICCA

500g tepung high protein (boleh juga menggunakan tepung gandum)
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering (saya habiskan terus sepaket mauripan 11g)
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex (saya gunakan bread softener)
90g gula castor
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk ( ye betul dalam gram, bukan ml)
Filling kesukaan (sebaiknya yang berwarna kuning- saya gunakan mango filling) * filling ini boleh didapati di kedai-kedai alatan bakeri

Bahan-bahan (untuk strussel)- untuk ditabur atas filling bun kita nanti:
1 sudu besar butter atau marjerin
2 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar gula castor

* rasa strussel ni lemak-lemak masin. So makin sedaplah bun kita ni Kak Ton oi. 
Cara-cara:
Gaul semua bahan sehingga menjadi seakan-akan serbuk. Jika masih terasa tekstur butter dan agak melekit, masukkan tepung sedikit lagi.Ketepikan.

Cara-cara untuk membuat bun:
(menggunakan mixer, bread maker atau uli dengan tangan)
  • Masukkan semua bahan  ke dalam bread maker kecuali butter.  
  • Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut. Jika menggunakan mixer, pastikan anak-anak sekalian menggunakan hook beater ok.
  • Pukul hingga doh  sebati. Kemudian, barulah masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda. Saya letakkan bekas doh ke dalam oven. (tidak perlu dipanaskan oven tu)
  • Setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Ambil anggaran 30-40g doh dan gentel bulat. Gunakan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat. 
  • Leperkan doh kira-kira 3/4 inci tebal. Gunting doh kira-kira 1 inci dengan jarak anggaran 1 1/2 inci setiap satu.
  • Tekan tengah doh dengan sesuatu yang bulat (saya tekan dengan bawah cawan)
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Biarkan naik lagi sekali ganda. Tekan sekali lagi tengah doh dan masukkan filling. Tabur strussel secukupnya dan bolehlah dibakar.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C kira-kira 10-15 minit.
  • Apabila masak, keluarkan dari oven dan sapu bun dengan marjerin atau shortening untuk mengilatkannya.

Bun ni sangat lembut, sedap, gebu tau Kak Ton, so jangan nak memandai-mandai nak boikot pula! :)

15 Responses to SUNFLOWER BUN

  1. tak tak.. sure tak boikot.. kak ton mmg gebu tau.. :P

    >> creatifnya buat bun bunga matahari.. :) best plak ni tengok..
    beria-ria nak cuba wat gak nanti.. hehehe

  2. MasyaAllah....cantiknyaaa roti sunflower Chah ni....kreatif bebenor dia...ni kalau jual kat tepi jalan nak ke Masjidil Haram ni, harus licin nih....hehehe... Adoiii sayang nak makan, tengok jer laaa...

  3. salam chah, cantik sangat roti tu like bunga matahari mesti tak cukup satu matahari tu asa nya kalau akak yg makan ni nak kena try lah

  4. hehehe... tiba2 kak ton interprem dlm cerita....
    comel betul roti tu chah... kalau buat karang sayang pulak nak mkn mcmana? filling mango memang ada kat rumah tu.. tpg roti pun ada... chopstick warna ijau pun ada gak... antara rajin ngan tidak je nih!

Leave a Reply