Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUIH TAKO


Hanya taiko je yang suka makan kuih tako. Heee. Antara kuih yang menduduki carta carian tertinggi jika ke pasar malam ataupun di bulan Ramadhan. Juga jika ada keraian di pejabat ataupun acara makan-makan, cepat aje tangan menyambar 4, 5 ketul. (Lepas tu 4,5 ketul lagi)  

Teringat pula kisah bila emak dan emak mertua saya yang memang sukerr gilerrr dengan kuih ni. Terbayang usaha keras mereka membuat kuih ini bersama-sama. Dan yang paling mencuit hati,  dengan bangganya diaorang suprisekan saya sejurus saya balik dari kerja. Hehehe. Nak gelak, emak. Nak ketawa guling-guling, emak mertua. Tapi saya ketawa jugalah. Muahahahaha. Tapi itulah, orang lama-lama ni. Walaupun tiada resepi dan asas langsung pasal kuih ni, tapi jadi juga. Dengan cara merekalah. Heh heh.


Cumanya mereka tak pernah tau ada tepung hoen kwee. Jadi lapisan bawahnya digantikan dengan tepung ubi (kalau tak salah) yang dicampur dengan agar-agar. Macam manalah rupa dan rasanya tu? Gelak devil lagi. Oklah la kan. Nak banding dengan saya, kalau tak ada resepi, sumpah harrem jaddu tak akan jadi.


Ini kali ke dua saya buat kuih tako dalam kotak daun pandan. Sebelum ini nak cepat, maklumlah wanita berkerjaya kunun. So guna bekas plastik tu ajelah. Lagipun Sang Arjuna saya komplen "sianla kat daun pandan tu, membazir aje". Yelah, tak pernahlah pulak saya kutip kembali lepas tu recycle lagi dan lagi. Huh baik betul hati saya terhadap alam sekitar!

Resepi ini saya simpan dah lama-lama dulu.  Saya olah sedikit mengikut citarasa dan cara yang lebih mudah bagi saya. Juga saiz hidangan yang sesuai dengan diri saya yang mana boleh makan sikit-sikit ni. Sekian!


Bahan-bahan:
Sumber: junjs11@MyResepi.com dengan sedikit olahan

Lapisan hijau (bawah)

50g tepung hoen kwee hijau
Gula secukupnya
2 1/2 cawan air
Sedikit pes pandan
5-6 biji sengkuang cina
Kotak daun pandan secukupnya



Cara-cara

  • Sediakan kotak daun pandan. Masukkan sengkuang cina yang telah didadu kecil.
  • Larutkan tepung, gula dan air. Masukkan pes pandan. Masak dengan api perlahan. Sebaik-baiknya dalam non-stick pan/periuk. Masak hingga kental. Tuang ke dalam kotak daun pandan sehingga separuh kotak. Sejukkan dan bolehlah mulakan untuk membuat lapisan atas (putih) pula.
Lapisan putih (atas):

2 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
Gula putih secukupnya
secubit dua garam

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan kacau hingga tepung larut. Masak dengan api perlahan hingga kental dan naik wap. 
  • Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. 
  • Sejukkan. Memang sedap sampai  terasa nak makan sekali dengan daun pandannya. Sekian!
Emak-emakku sekalian, sila salin resepi ni, muahahahaha.




15 Responses to KUIH TAKO

  1. Chaaaaahhh, x reti2 ke nak letak 6 ketui dalam tipuware dan hantar kat akak sikit...adeeeiii.. Rajinnya buat lipatan daun tuh...akak kalau ada org watkan bekas pandan tuh..nak la akak mengacau tepungnya...short-cut..hahahhaha

  2. sedapnya..salah 1 kuih feveret saya..tapi x rajin nak buat & x pandai buat bekas tu..hehehe..rasa seketui dua kak Chah..hehehe..

  3. Rahel, itu kaler asal tepung hoen kwee ijau, masa mula2 masak mmg agak keterlaluan ijaunya. Bila dh sejuk, jd cm dlm gambar tulah...

  4. Nieza,sayapun bknnya reti sgt buat kotak tu, tgk kt internet bknnya paham sgt, bila beli yg kt pasar mlm, pastu bukak, barulah dpt idea, janji tk bocor...heheh

  5. Qaseh, buah gooseberry tu saya beli kt tesco, biasa kt cold storage n mana2 mall besar yg ada supermarket biasa ada jual. Waterchestnut tu yg susah sikit, dekat CNY barulah nampak bayangnya...selalu saya tanya kt pasar borong asik tkade je... Ni saya beli kt pasar borong selangor...tgh byklah pulak skrg...

Leave a Reply