Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TALAM CENDOL BERSAGOO


Sebut kuih talam, saya memang boleh kembali tersenyum. Itu kalau saya tengah monyok. Tapi kalau saya memang tengah tersengih, ada pula orang sua kuih talam depan hidung saya, teruslah menari chicken dance tak ikut beat. Sesuai benar dengan jiwa bila dapat menjamah (jamah?)  kuih yang lembik, lemak dan manis. 

Kecik-kecik dulu saya cuma tahu cendol digunakan untuk buat air batu cendol aje. Itupun sebab emak saya peniaga air batu cendol yang terkenal seantero kampung. Wangi cendol yang dibuat sendiri, memang super perghh bai! Ceplus-ceplus butir-butir cendol yang jatuh ke dalam air, memang buat mak tacing ni dik!


Resepi ini adalah resepi Che Asma, tapi masa mula-mula saya buat talam ni dulu saya ambil dari blog Jurnal Resepi Bdaria. Kekal hingga kini. Tapi saya pasti Ratu Talam Malaya dan Jejaka Idaman Malaya ni pasti banyak juga menghimpunkan resepi talam yang sedap-sedap. Boleh juga cekidaut kat sana ok!

Mula-mula buat dulu saya ikut aje 100% rentak dalam resepi. Tak berani nak alter sesuka hati. Tapi sebenarnya bila rentaknya dah dapat, konsepnya dah faham, godek-godeklah ikut jiwa dan cara yang lebih praktikal.  Pada saya bukan kita sengaja untuk memperlekehkan sesuatu resepi tu, tapi mencuba dan bereksperimen dengan olahan bahan-bahan lain, rasanya tak salah. Bermain dengan kreativiti, okla kan?


Marilah salin resepi sebab saya dah  tak sabar dah nak ngonyel kuih sedap ni. Memang sedap bai!

Bahan-bahan:
Sumber : Jurnal Resepi Bdaria 
Saiz hidangan: Loyang springform 22cm

Lapisan Gula Merah


*300g gula melaka (saya gunakan 2 keping gula nisan Terengganu)
*50g gula putih (tambah jika masih kurang manis)
*500ml air (saya guna 250ml air untuk masak gula)
150g tepung gandum
3-5 biji telur (saya guna 4 biji )
250ml santan pekat (saya guna 500ml santan)
Secubit garam


Cara-cara:
  • Masak gula nisan dengan air hingga hancur. Sejukkan sebentar. 
  • Bancuh tepung, santan dan telur. Masukkan secubit dua garam. 
  • Campurkan air gula dan masukkan sedikit gula putih jika adunan masih kurang manis. Kacau hingga gula hancur dan tapis.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Sediakan loyang yang telah dilapik loyang dengan plastik atau telah disapukan sedikit minyak.
  • Masak satu bahagian adunan dalam non stick pan hingga agak kental dan kelihatan tepung terlekat pada senduk. Anggaran 4-5 minit sahaja. Tutup api dan kacau dengan whisk untuk mengelakkan adunan berketul. 
  • Tuang dalam loyang dan kukus kira-kira 15 minit atau sehingga masak. Ketepikan. 
  • Sekarang sediakan adunan putih/cendol pula.


Lapisan Putih (Cendol)

200g tepung beras
700ml santan *resepi asal 250ml santan dan 450ml air
1 sudu besar tepung jagung
150g gula halus (saya gunakan 120g)
Secubit garam
200g cendol (saya guna 1 cawan)
2 genggam sagoo mata ikan (saya tambah)

Cara-cara:
  • Rebus sagoo dengan air yang banyak. Masukkan pewarna yang disukai. Apabila sagoo telah jernih, basuh dan lalukan di bawah air. Ketepikan.
  • Campurkan semua bahan lain kecuali cendol dan sagoo. Kacau hingga sebati dan gula hancur. Biasanya tepung beras lebih mudah dissolve, jadi tak perlu tapis.
  • Masak adunan dalam non stick pan hingga agak kental dan kelihatan tepung terlekat pada senduk. Anggaran 7-8 minit sahaja. Tutup api dan kacau dengan whisk untuk mengelakkan adunan berketul. 
  • Campurkan cendol dan sagoo. Tuang ke atas lapisan gula merah dan kukus hingga masak. 
  • Untuk mendapatkan effect 'bergelombang' jangan ratakan permukaan adunan cendol. Oleskan adunan supaya menjadi tinggi rendah. 
  • Ulang semula proses memasak adunan ke dua gula merah tadi. Tuang ke atas lapisan cendol dan kukus lagi kira-kira 15 minit. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitis dan permukaan kuih menjadi gelembung.
  • Sejukkan dan ngonyellah sorang-sorang, lepas tu buat-buat terkejut bila perut ketat dan jadi 3 lapis macam kuih talam ini. Tak pe, perut berlapis-lapispun berbaloi sebab sepanjang hayat asyik makan kuih talam sedap aje. Hek hek.



7 Responses to TALAM CENDOL BERSAGOO

  1. hehehe...tak dpt bayang macamana gamaknya chah chicken dance... rasa nak join gak lah... tp kena upah kuih talam cendol dulu yer...

  2. Assalam Chah, cantiknya talam sagu + cendol...dua2 bahan tu akak suka.,..mst sedap nih...alahaaii byk tul menu dah masuk list...terbuat ke tak nnt... :)

Leave a Reply