Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUAH MELAKA KUKUS

Masuk dapur lagi Kak Temah Kerbau ni. Ekceli, bukanlah buncit sangat saya ni ye hingga sanggup disamakan dengan kerbau. Dari jauh je nampak macam kerbau, dari dekat Neelofa pun kalah dik!. * Oh sungguh Kak Temah nyampahs tengok iklan citer Azura kat Astro First tu. Serius tak feel macam filim Azura asal. 
Hari ini ada orang ponteng sekolah. Alasan-lutut sakit dan gatal hidung. Eyy baru 5 tahun dah lebih 4 muka surat kalau disenaraikan alasan si Nabiha nak monteng. Ari tu sebab takut bad boy tangkap. Lepas tu takut kucing jahat masuk rumah makan Snow (rabbit dia). Tu belum alasan kaki demam, telinga rasa tak berapa nak dengar dan dalam kasut rasa ada pasir. Huh!

Takkan saya nak carikan dia markha pulak buat semangat untuk pergi sekolah macam mama dia dulu-dulu. Yek. 

Tetiba rasa nak duduk di serambi rumah dan suap kuih ni perlahan-lahan sambil menikmati lagu Getaran Jiwa. Ni kuih kategori rajin kena lebey dan kena up sikit ni. Rajin kopek kelapa, rajin perah daun pandan, rajin gentel bulat-bulat. Bila banyak elemen rajin di dalamnya, sudah pastilah kuih ni antara kuih yang ada kesan mendalam di nurani kan?. 

Sekian, salam sayang dari daku yang rajin. Masih kerbau. :)

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 3 loyang
Sumber: Ibunda tercinta


3/4 cawan tepung pulut
Air daun pandan (kisar 3-4 helai daun pandan dengan sedikit air)
Gula nisan secukupnya (potong kecil)
Daun pisang (layur dan oleskan dengan sedikit minyak)
Cara-cara:
  • Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  • Masukkan gula nisan dan gentelkan bulat-bulat. 
  • Susun atas daun pisang yang diletakkan atas pinggan yang agak lekuk untuk menakung bahagian badan kuih. 
Bahan untuk badan kuih:
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu tepung gandum
Secubit dua garam


Cara-cara:
  • Bancuh tepung, garam dan santan. Tapiskan.
  • Tuang perlahan-lahan atas kuih tadi.
  • Kukus hingga masak.

15 Responses to BUAH MELAKA KUKUS

  1. Confirm boleh masuk dalam kategori rajin Kak Temah sorang ni. Apakata hulur kat Kak Senah yg tengah mengeram ni sikit...

  2. Chah

    ko memang RHAJIN arr...I didn't know u can kukus buah melaka ni..tapikan yg sangattttt ai berkenan tu ha..si mee hailam kat bawah sinun..habis jejes2 ayaq lioq kat lappy nih..serious!

  3. Assalam Chah, rajinnya...kalau akak bulan pose la baru selera nak makan kuih2 camni...tp kalau masak camni biasa akak panggil badak berendam...hehehe...bukan rebit okehh, sebab rebit takut air...wakakkakaa. Sedapnya laaaaa tgk kuih tu..mana nak cari nih..nak buat maleeehhh bertan-tan...hehe

  4. Kak ummi, a ah ada juga panggil badak berendam kan.. biasa mmg bln pose jump kuih2 tori ni. Tp tekak tori tuan tanah suka kuih2 gini...cemana...

Leave a Reply