Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGAT KELADI


Sepanjang setahun saya cuba untuk 'jatuh cinta' pada kisah-kisah yang disiar dalam talibesen. Tapi tulah, masih belum berjaya terikat dengan mana-mana sinetron, akasia apa ke benda tu. Walau se'nora elena' manapun kisah tu. Malaslah nak bahagi masa dengan 'bijak'. Mana masa untuk menonton, mana untuk tidur lama-lama. Tak cukup tidur tak baik untuk perkembangan otak, tau tak! Sudahnya bila kawan-kawan bercerita perkembangan episod demi episod, saya menganga. 


Jadi, jika tidak menonton, apa saya buat sepanjang hari? cat kuku? lap habuk? Tidak juga. Produktiviti saya merudum?  Mana ada, sebab proses pembiakan diri sedang berjalan lancar, teratur dan tiada gangguan. Makan dan makan adalah terapi yang baik, khenn?


Jadi tanpa rasa bersalah, semalam sakan saya 'bershopping' segala jenis ubi-ubian. Dating dengan Sang Arjuna di pasar bolehlah dikatakan sesi yang romantik juga. Sebab sambil jalan sambil tunjuk-tunjuk ikan, udang, ketam segala. Eh, korang tak menonton drama ke? Kan kalau orang dating diaorang akan tunjuk-tunjuk bukit, gunung atau air laut? ha dah tu, scene yang sama la tu. Pelakon aje lain-lain. Ngehngehngeh.


Dalam kisah sinetron  'Cinta Si Pengat Yang Hangat' ni pun saya berlakon je kena habiskan dua mangkuk pengat ni. Sebelah malamnya pulak lagi  dua mangkuk. Dah skrip suruh buat-buat makan banyak, saya ikut ajelah! * Saya ikut skrip dan menjiwai watak, hoqqay?!

Bahan-bahan:

1 ketul keladi (anggaran 750g)
3 cawan santan pekat
1/2 cawan susu cair
Gula pasir secukupnya
Secubit dua garam
2 genggan sagoo mata ikan
1 helai daun pandan - koyakkan dan simpul

Cara-cara:

  • Potong keladi mengikut saiz yang sesuai. Rendam sebentar dalam air garam. Basuh dan toskan. Kukus hingga masak.
  • Sementara itu, rendam sebentar sagoo.
  • Masak santan, susu dan gula. Masukkan daun pandan dan garam. Seimbangkan rasanya. Masukkan sagoo dan masak hingga sagoo jernih dan santan telah mendidih kecil.
  • Sentiasa kacau santan untuk mengelakkan berketul dan pecah minyak.
  • Masukkan keladi dan tutup api.
* saya rebus sagoo secara berasingan dan campurkan semasa menghidang. Ini kerana warna keladi yang sedikit kusam sukar nak catat rating penonton nanti. So masukkan warna-warna pelangi dalam sagoo, barulah ada daya penarik terutama penonton kecil macam Nabiha yang kadang-kala lebih sot berbanding mama dia. 


Scene 3, Take 1, Ngap!

6 Responses to PENGAT KELADI

  1. Saya juga tergolong dalam golongan yg tak "hooked" pada segala telenovela, sinetron, akasia dan yang seangkatan dengannya. So kalau kengkawan dok bercerita, saya senyum kambing gurun je la...

  2. Apa apa yang berasaskan keladi mmg jadi kegemaran.walaupun sndri buat sndri makan..tetapku buat selalu..hehehhe time gi pasar tani nampak keladi lerkan..

  3. tun pulak mmg xleh menjiwai langsung drama2 melayu @ indon @ apa shj x sewaktu dgnnyer.. masalahnyer, duk layan drama korea siang malam xpe pulak. mmg x sedor diri byk keje sekolah yg terbengkalai.. huhu..
    eh.. datin mcm tau2 je i pung beli keladi kemarin. plan nk memengat jugak, tp kompom pengat i kaler sawo matang sbb biasa letak nisang.

Leave a Reply