Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUBUR BARLI DENGAN SEKOTENG

Oleh sebab kurang kreatif dan tak mahu langsung panjangkan sikit akal tu memikirkan  menda-menda yang di luar kotak pikiran, saya tak tahupun barli boleh juga dibuat bubur. Ingatkan buat air je. Atau buat gula-gula perisa barley  yang bungkus warna putih belang-belang biru tu.  

Ni kali pertama saya buat bubur barli. Jaman bekerja dulu rajinlah beli dengan tujuan yang satu dan jitu- untuk memperkemaskan tali perut lepas makan nasi dengan kawan-kawan ngokngek. Sampaikan sambil suap, kena bukak kancing kain. Bagus!
Lepas tu bila  MD jenguk tujuh lapan kali, ulang alik buat-buat basuh tangan tujuh lapan kali juga, tak reti-reti baser nak angkat kaki bla la woi pergi naik buat kerja  nun!. Hehe, office saya kat atas, tapi suka benor bentang-bentang tikar melepak kat tingkat bawah. 
Saya tengok Noorsha buat pengat labu  dengan sekoteng, terselak lah sikit minda ni dan baru tahu macam-macam guna sekoteng ni, dan betapa ianya boleh dipelbagaikan. Lepas tu resepi tu masuk magazine gitu, kan Sha! Hee suka! suka!
Bahan-bahan:
1 cawan barli (rendam semalaman)
1/2 cawan sekoteng (rebus hingga lembut)
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
gula secukupnya
Secubit dua garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Rebus barli hingga empuk dan lembut. Masak santan dengan gula. Masukkan susu cair dan garam. 
  • Masukkan juga daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan barli dan sekoteng.
  • Masak sebentar dan pastikan dikacau sentiasa dan jangan sampai pecah minyak.

14 Responses to BUBUR BARLI DENGAN SEKOTENG

  1. suker..suker... takde le aku asek2 buat pengat pisang je sampai loya anak tekak. Kau pegi bali ke chah lama tak nampak muka kat sini.

  2. Ahai...sedapnya.... semlm gee buat bubur jagung + keledek oren + sekoteng... ermmm slruppp 2 mangkuk....sedap!

  3. anak dara ai dah lama teringin nak makan bubur barli.. sedap ek.. tak ada talam sekoteng.. talam besi dan talam plastik jer yg ada.. hangak2 boleh letak tak? ngeeeeeeee :)

  4. lama jugak tak buat bubur barlie ni.. bubur gandum pun lama tak buat.. haishhh tiba2 kecur tgk bubur chah ni tau.... nasib baik kat rumah masih ada baki bubur kacang hijau.. hehehe...

  5. konpem boleh cuba buat try test ni chah..sekoteng ada..barli ada..(bali je yg takde),santan?..tak kisah boleh beli..alamak gula?..dah habis laah..buat kuih kaswi tadi..angkut je lah apa yg ada kat sini dulu..dgn mangkuk2 sekali ya chah..kira halal lah tu ya..hehe

Leave a Reply