Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUDING KELAPA LAUT

Reti membuat puding dengan susu cair? Rasa nak mendabik dada gila. Tengs to Bibik  Sahabat Ketat Saya yang jamu manusia peghak ni dengan puding peach yang wuh sangat heaven pada keadaan tekak ketika itu. Owh, bibik untuk wong jowo tu maknanya untielah kan. Maklumlah sahabat daun kecur mbakyu walinong panakosayo nang wakas  saya ni kan wong jowo. Hahaha sesedap rasa haku menjowofilipinokan bahasa. Hampun Che Un!
Ai budak kampung. Bertahun-tahun duduk asrama. Bila sambung belajar lepas tu, duduk asrama lagi. Nun lagi jauh di ceruk Changloon pulak. Lagi dahsyat hutan keliling. So manalah tau adanya nikmat-nikmat dunia sebegitu. :(
Pertama kali bakal abang ipar berkunjung ke rumah, amboi hidang puding peach yu! Hahaha, punyalah termanis puding tu walaupun rupanya sangat menyamai puding Bibik yang sungguh muhibbah tu. Nasib baik puding tu tak melantun balik ke muka saya. Yelah, mana tau tiba-tiba abang ipar tensi ingatkan saya nak sabotaj dia ke hape.

Bila dah memasuki dunia ibu-ibu ni, rupa-rupanya... betullah macam tag line Cik Mat Gebu, semua tanpa sempadan. Nak dengan taknak aje kekdahnya.

Macam promo untuk blog CMG ye. Humm, kalau saya tak promo pun rasanya memang CMG sentiasa dekat di dapur dan periuk belanga kita dah pun, tak gitu ibuk-ibuk gojes sekalian?
Puding yang urban dalam suasana desa gitu. Sangat  gojes rasanya kelapa laut ni kalau dibuat puding. Rasa seakan-akan puding gula merah dan macam rasa teh kundur dalam tin tu. :) 

Nyaman untuk permulaan hari-hari yang kalut dan di saat tekak langsung tak sempat nak hirup seteguk dua air. Haish! Jangan la bekerja bermati-matian begitu. Macam kawan saya, hari minggu kerja, malam kerja. Ada sorang lagi tu, tangan fractured  sebab tertonggeng masa ice-skatingpun bos suruh kerja. Apa da!
Bahan-bahan:
1 tin  (saiz tin 565g) buah kelapa laut (asingkan isi dengan airnya)* saya gunakan jenama Hosen
1 cawan whipping cream
5 gram  serbuk agar-agar (anggaran 2 sudu teh)

Cara-cara:
  • Asingkan buah kelapa laut dengan airnya. Hiris/potong kecil isinya dan ketepikan.
  • Campurkan air kelapa laut dengan whipping cream sehingga menjadi sukatan cecair sebanyak 650ml. (Masukkan sedikit untuk mencukupkan sukatan sebanyak 650ml tersebut)
  • Campurkan bahan cecair tadi dengan serbuk agar-agar.
  • Kacau sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan hirisan kelapa laut dan sejukkan.
Nota:
Air buah kelapa laut dalam tin ini sangat manis. Jadi untuk jenama Hosen ini tidak perlu ditambah gula. Jika menggunakan jenama lain, sukatan gula perlu ditambah accordingly.

6 Responses to PUDING KELAPA LAUT

  1. kecur air liur tengok gambar puding chah nie.....pakai whipping cream mesti lemak merdu gitu kan chah..sabaq sabaq baru pukul 2.30 ptg ..lambat lagi nak buka posa...

  2. Ya ampum mbak ayu Chah...baru dapat rasa air kelapa laut afrika yg sedap mcm buah mata kucing kat CH minggu lepas..rasa rugi pulak tak beli setandan untuk slurrrpp kat rumah..buat puding lg gojes,semenggah pulak ngan whipping cream, secocok banget terasa kelemakannya..

  3. nk pinjam pic ni yer... ya allah nampak sedapp sgt hehehehe.. nk cuba gak ..Tq

  4. geram GK masuk blog chah nie...gambar cantik2 sangat...macam professional photographer la cha ni...nak tanya mould tue beli mana..set pinggan tu beli mana...GK suka la...boleh serve kat anak2 GK...cantik dan tak akan pecah punyer...

Leave a Reply