Gila bayang? Ye kot. Apa taknya, pepagi lagi saya dah ke pejabat. Macam pergi kerja. Dalam hujan ribut tu. Dengan tak mandinya. Nasib baiklah gigi dah digosok ala kadar, gargle lebih kurang dengan listerine beli satu dapat percuma satu. Perisa lemon. Sebab nanti dah tau dah, mesti ada adegan comolot dengan rakan-rakan office. Eh ex office.
Sampai di rumah, sunyi semula. Yang ada cuma Bibik. Menyapu dan menyapu dengan lemah gemalai ajelah kerjanya. Naik rimas mak ni. Nak ditamatkan perkhidmatan, saya bukanlah macam Che Un ni yang asyik pegang kain buruk lepas tu lap perabot aje kerjanya. Dari jaman kegemilangan di Sintok, sampai sekarang, sibuk ngan kain buruk. Dasat sungguh.
Tak usah berduka. Suap jelly ni sambil terkebil-kebil. Tak sangka anak Fatimah ni rajin sesangat la petang semalam. Takik kelapa dengan Cik Mamat parang tumpol. Bergegar otak. Nasib baik berjaya, kalau tak harus buah kelapa tu saya buat pelampung masa mandi sungai balik kampung nanti. Belum lagi bab mandi berkemban pastu buat pelampung dengan kain batik tu. Ha, kau ada? Ngeh ngeh ngeh.
Bahan-bahan:
983.257 ml air kelapa (daripada 2 biji kelapa)
Air kosong secukupnya untuk menggenapkan sukatan cecair sebanyak 1 liter
Gula secukupnya
Isi kelapa
4g serbuk agar-agar
Cara-cara:
Masak air kelapa yang dicampurkan dengan air dan gula hingga larut. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Kacau rata. Biarkan mendidih dan masukkan isi kelapa. Sejukkan.
Pasti gila bayang!
sedapnya tgk jelly ni chah..kalau dpt mkn kelapa fresh sedap ni. kat sini kelapa dlm tin ada la tu pun import punya:)
Makan sejuk2 ni sedapnya...:)
kahkahkah.. gelak giler nih. teringat jaman2 dulu nengok mak mak mandi pakai kain batik jadik pelampung. buat buih2 keluar dari kain tu. haha tak ngaku sendiri mandi, kunun tengok orang lain je mandi. adehh
jelly kelapa terbaik. best best..
humanghaih, tertongggeng jeli kelapa tu..s.edaaapppnyee makan sejuk2 gini..haishhh! x leh tgk gambo, terliur...!
sedapnya kalau dpt mkn jelly kelapa ni..
Salam Chah...
bole bagi Rahel 1 mug jelly kelapa? hausnyaaa..
waduh chah..mmg akak dh gila bayang nih teringat jelly kelpa chah yg tentunye dh licin kann..adehh!