Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOMEMADE CENDOL

Sedang mengemaskini profile  peribadi saya. :) 

Saya adalah anak ke dua tukang gunting rambut yang love forever sayang ketat-ketat muah muah kat makcik kantin aka penjual pisang goreng aka penjual cendol. Hee

Ye, saya memang tak 'bertuah' sebab tak dilahirkan sebagai anak doktor, majistret ataupun ahli musik. Anak orang kaya-kaya.
Mangkuk pink inilah mangkuk cendol mak saya masa meniaga dulu. Semangkuk cendol penuh kasih sayang mak untuk customer harganya cuma 20 sen. ^___^
Kalaulah saya bukan anak tukang gunting dan peniaga cendol, mungkin jaman kecil saya kena hidup penuh proper-proper dan propa-propa. Takkan ada istilah pernah jatuh longkang, curi mangga lepas tu kepala kena baling botol dek tuan rumah, mandi sungai guna pelampung buah nyor ataupun sakit perut dan biru mulut sebab makan buah senduduk. 

Sebab mak saya meniaga cendol lah saya pernah kena libas tangan sebab mencuri buah kuini. Bila mak libas, dia libas-libas sedap. Libas nak reti bahaser kan kamoo
Mungkin kalau saya anak majistret yang kaya, kejadian mencuri buah kuini mungkin berlaku juga. Libas tetap kena libas. Tapi mungkin libasan dari pembantu rumah yang dikerah majikan. Atau saya yang libas pembantu rumah sebab ada unsur-unsur 'Anakku Sazzeli' di situ. 

Bukan apa, sebagai majistret, bapak atau mak saya sangatlahhh sibuk dengan kes-kes mahkamah terutamanya banyak benar 'video game dalam kelambu' yang dia nak kena buat penilaian. Haih! Eh jaman tu belum ada video ye? 

Ok. Tak ada sebarang kaitan dengan anologi di atas. 

Tapi, sebab cendol sedap ini jugalah mak saya terkenal di kampung. Well, mungkin agak exxagerate di situ. Ai kesah kew? Sejauh mana benar atau sepalsu mana cerita saya; yang penting sekarang bawak masuk je cerita hangat, pasti orang terima tanpa usul periksa. Hergh!

Cendol mak memang ngetop seh. Saya perhati ramai cikgu sekolah saya mesti singgah gerai mak pekena cendol 2 mangkuk dengan laksam. Pergh. Sebab tulah kat sekolah saya asyik dapat nombor satu aje. Hui!
Ini bukan resepi asal mak. Lagipun ingat saya ni ada kemahuan ke untuk mengisar beras segala bagai. Resepi asal mak of course gunakan beras kisar, yang mana kerja-kerja mengisar beras dilakukan dengan mengelatnya oleh saya sebab cepat siap cepatlah boleh terjun sungai. :)
saya gunakan acuan maruku ni untuk buat cendol tu. Oleh sebab ni acuan tembaga (taklah tembaga sangat) jadi saya balut dengan kain semasa mengisi adunan untuk mengelakkan rasa panas
Bahan-bahan:
2 cawan air daun pandan (kisar 2 cawan air dengan 4,5 helai daun pandan)
1/2 cawan tepung beras 
1 sudu kecil tepung ubi
Sedikit kapur makan
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Sediakan bekas besar. Isikan air sejuk/paip
  • Campur semua bahan dan kacau sebati.
  • Pastikan tepung telah dissolve sempurna.
  • Masak atas api sederhana hingga berkilat dan timbul letusan-letusan (mendidih) kecil.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam acuan cendol.
  • Tekan perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi air tadi.
  • Hidangkan sebagai ABC atau boleh digunakan untuk membuat puding atau juga kuih talam.
*Pastikan buat cepat-cepat kerana adunan yang keras menyebabkan sukar untuk mendapat  cendol yang panjang dan licin.


12 Responses to HOMEMADE CENDOL

  1. Hamboi Chah...! musim tgh 'panazzzzz' sekrg ni mmg sesuwai sgt ler pekena cendol, tak gitu...hehehe....bakmai semangkuk cendol ko tu Chah... sedap nmpk...

  2. Sempat pulak tuhhh, lepas menggulung2 kek, menenyeh2 cendol la pulak...pakai ilmu apa ni Chah, laju mcm roket, tangkas menimbang tepung, larat berjaga sampai bulan mengambang...hahahaa... *ada maksud tersirat tak, ada tak...? hehe...

  3. kenangan yang amat2 mengusik jiwa chah. apa apa pun..pengalaman tu semua lah yang menjadikan ko 'orang' kan chah?
    Bundo nak cendol semangkuk.. lama dah tak makan cendol ni.

  4. kak chah.... ada lg ke cendol cenggini kat kg??? nk gak pegi rasa... xpon time raya ada dop?? ahahahahah
    kalo ada nk gi arrr.. boleh ke kak??

Leave a Reply