Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUS BELIMBING ASAM BOI

Masa saya tengah terhegeh-hegeh mengambil gambar ni, Ariff sedang berpeluh-peluh di sebalik dinding sana menendang bola. Dia nampak saya terbongkok-bongkok si nenek kebayan membuat lintas langsung ala-ala photo session yang grande gitu kat tepi dinding berabuk tu.
" Mama nanti Ariff cop segelas". Wah bagus perniagaan Restoran Mama ni. 

Nabiha pula tetiba betulkan gesture, pastikan posture tubuh dalam keadaan sedikit lentik sebab nak pegang gelas 'hotel'. Hahaha, almaklumlah dapat mama kejam dan menunjukkan kezaliman melampau bilamana haruslah aku larang guna  cawen-cawen yang menjadi perhiasan lemari, sementelah anak-anak kena guna cawan pelasetik yang dah berbulu-bulu muncung.
Tak pernah tengok cawan pelasetik yang dah berbulu-bulu muncung? Kat rumah saya ada banyak. :)
Lama tak mari gha rasa nak beli belimbing besi. Inipun hasil ehsan orang sebenarnya. Kisar lebih kurang, masukkan gula sikit, tapis. Lepas tu masukkan asam boi. Nyaman! Oh, kalau ada ais sikit tambah nyaman. 
amacam? nyaman sih!

13 Responses to JUS BELIMBING ASAM BOI

  1. assalamualaikum chah...
    memang nyaman skali.. tengok anak bujang minum dengan peluh membasahi tu.. :) amboiiii.. terliur gak ni..
    teringat dulu waktu anak no 2 nani kecil lagi.. dia panggil starfruit ni dengan sebutan camni.. STARPELUT..

  2. tu dia kak chah tergoda anak murid tgk cikgu nye air belimbing tu..nak pulak ada model peluh bagai menggigil zila rasa nak capai jugak..notty la kak ni..hehehe

  3. Assalamualaikum Chah? Waaaahh satu dimensi baru nih! Jus Belimbing Asam Boiii...eemm..selalu sedut jus limau or epal asam boiii jer...Apasai laju sangat update nih...x terkejar, mengah2 akak...tp kalau hulur jus belimbing asam boiii tu, i liiikkeee jerr...anything about asam boiii...never reject...kalau letak jer asam boi dlm buah belimbing masak2 mekal gitu, ai rela...akak seduuut keluar semua air belimbing tu...haaa, kecut2 bibir akak pun xpee...hehe (*teringat zaman kanak2 sekolah...sedut limau kasturi letak asam boi merah...eeemmm)

  4. Lupa nak tegur...hahaha, kemaiiin berpeluh2 anak bujang Chah tu menyedut, pegang gelas kemain, macam x cukup je tu Chah...haha

  5. salam chah..
    cer ko bg aku sesedut dua air asam tuh... tak pon ko bg ajer setempayan... kompom aku suker! kekekeke

  6. UBAHSUAI RUMAH (house renovation) area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

Leave a Reply