First time saya buat roti guna tepung gandum. Kalau tidak memang saya guna high protein flour. Hasilnya tetap menten. Ha tengok, boleh berlaku penjimatan di situ. Sebab tepung gandum lebih murah berbanding tepung high protein. Heeee
3 hari berturut-turut buat roti. Sesi ulangan garlic bread (sahih kena ulang), lepas tu bun manis dengan kekacang. Hari ni sausage bun pula. Tak boleh nak panggil sausage roll sebab saya tak reti nak mengerollnya. *Jitu betul kerja-kerja merosakkan bahasa. Makin maju!
Musim meroti mengiringi musim apa ya di negara-negara 4 musim nun. Saya agak-agak springlah kot sebab kalau tak takkan Niezza berikan setiap orang berjambak-jambak munger tulip. Kat blog-blog makcik-makcik GMM melata ada munger-munger tu. Hui ngongs betul saya tak tahu peraturan dalam blog orang main aci tag mengtag ni.Kekeke.
*Kali ni saya cuma buat separuh daripada adunan ini. Jadi untuk sukatan telur, kacau dulu dan bahagikan dua.
Bahan-bahan (Basic Bread)
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein *boleh juga menggunakan tepung gandum
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Sosej secukupnya (rebus terlebih dahulu)
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
- Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.
- Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
- Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
- Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
- Rehatkan doh sehingga mengembang dua kali ganda.
- Setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
- Canaikan doh memanjang dan lilit pada sosej. Sapukan sosej dengan sedikit air untuk memudahkan doh melekat. Saya buat anggaran 40g setiap satu dan sosej dipotong dua.
- Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
- Biarkan naik lagi sekali ganda.
- Bakar pada suhu 150-160 deg C kira-kira 10-12 minit.
- Apabila masak, keluarkan dari oven dan sapu bun dengan marjerin/butter/shortening dengan segera.
wah memula tu main sorok2 malu yer...haa sekali kuar kemain gebuss n tembamm roti tu...sedapnye...teknik kita tersama lak harini...
pergh! tembunnya roti...
huhh..tembam bam tul woti hang...adakah kerana sang pembuatnya juga begitu...ahaksss!
Salam Chah!!
kemain tembam roti :)
suka2...tak payah guna tepung roti yg mahal tuh!
gebus gebas roti mu itew... ish.. apasal banyak sgt entri chah yg akak miss ni? sendiri jawab la kut, tanda kebizian yg teramat la ni, tak sempat nak BW huhu.. bak roti 2 ketul nak wat makan ptg ni :)
hu..hu...ye la kak cahah...kemain lagi montok dan seksi..cam pasha sanda
gebunyeee kak chah..even pakai gndum...xpe..tetap maintain seksi roti itu hehe
perghh mantop roti mu chah...gebus dan tembam sukax3...hehe ehhh patutla tersedak minum air tadi rupanya namaku diserux3 yer..haha kat sini baru nak masuk spring chah.bunga tulip tu hari tu angkut dari Holland yg dah awal sikit springnya dr Finland. penat ceter ni mana roti nk tapau bawa blk ni jauh terbang sini..hehe
Salam...
wah bestnye tengok resepi yg best2 ni. terliur tgk gambar. umi follow yerr
assalamualaikum. Adei.. lama dah aku tak merempit kat sini. Termengah-mengah datang ni ha.. Ada ke lagi ruti ni. nak la seketul.