Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KERABU SOTONG DENGAN NENAS

Saya berurusan di satu kedai gambar di Bangi beberapa hari lepas. Kedai tu baru. Terpana juga saya melihat  gambar-gambar yang di display menunjukkan kreativiti yang tinggi sang photographer. Dia berjaya merakam momen-momen yang 'rare' dan keluar dari kepompong gambar-gambar biasa yang dipamer di kedai gambar.

Apa yang biasanya kita tengok gambar konvo atau gambar raya sekelorga dengan baju warna setona. Si anak perempuannya pakai kasut hitam dengan stokin ropol-ropol warna putih dan baju kurung terlupa nak butang.

Juga yang paling 'wajahmu di mana-mana' adalah gambar kelorga Dato' Fadzillah Kamsah dalam frame emas pakai baju warna cekelat muda dan isterinya berbaju cekelat sama rona juga. Anak-anak berdiri kat belakang. Klise!
Tapi kedai tu lain. Gambar-gambar trend terkini. Memang menarik dan rasa terbuai dengan kenangan orang lain. Pinjam kenangan orang lain?

Cuma satu. Bila saya melangkah ke kedai tu, saya rasa saya sedang melangkah di 'Green Mile'. Seorang jejaka muka bajet ala-ala Sharnaaz Ahmad sedang berdiri. Seorang lagi wanita berseluar pendek sekerat paha (nasib baik pahanya mulus) sedang duduk sambil menekan-nekan Iphone. *sampai sekarang saya tertanya-tanya kulitnya tu dibuat daripada apa, sebab saya yakin kulitnya itu pasti sangat tahan 'panas' kalau-kalau kena bakar kelak sebelum sempat dia menutupnya. :*


Dua-dua 'tekun' dengan kerja masing-masing. Saya berdiri di depan kaunter dalam 7-8 minit. Terasa macam eh halimunan ke aku ni? 

Saya bagi markah untuk customer relation = 3/10. Knowledge dia dalam customer behaviour saya bagi 2.5 out of 10. How to satisfy customer banyak lagi kena improve. Bla bla bla  lagilah Kakak Kedek merepek.

Nasib baik muka kau ala-ala je Sharnaaz Ahmad, I would say babailah kan. If not, harus kugagahi jua menunggumu di pintu kedai walaupun KO LAYAN  AKU MACAM CINDERELLA. DAH TU PASS KERUSI KAT AKU GUNA KAKI JE DAN TERKENA LUTUT AKU YANG PERNAH PATAH NI! Terbaik!


Tapi bila saya fikirkan balik mungkin servis bagi tengok paha mulus free tu adalah layanan yang terbaik setakat ini. 
Tak ada kena mengena. Ratah je kerabu sotong ni sambil membayangkan kalau dapat saya gigit telinga budak hampeh tu best jugak. Kali ini letak je nenas biar semua warna ada. Oh biru saya tak suka, jadi saya abaikan! Heeee.


Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar
2 tangkai daun ketumbar
1/2 labu bawang besar
1 biji cili besar
2-3 ulas cili api
1 biji tomato
2 keping nenas
Garam dan gula
Perahan jus limau nipis/lemon *boleh juga digantikan dengan apple cider vinegar


Cara-cara:
  • Celur sotong sebentar. Angkat dan toskan.
  • Hiris bawang, cili dan daun ketumbar. Masukkan dalam sotong.
  • Potong nenas dan tomato. Gaulkan dalam sotong tadi. Perahkan air asam limau.
  • Perasakan dengan garam dan gula.

8 Responses to KERABU SOTONG DENGAN NENAS

  1. Kak chah.. Hahahahaa.. Aduh sakit perut ada perempuan lagilagilagi tu kak. Bukan akak kan kan.. Kikiki..akak meh bisik ngan saaya kedai apa. Mcm terrrrtuutt jek kan. Hah i xtakut spam!!

  2. ehhh.. happy sakan anjelina joli kita tu ya, dah pulang balik kad pengenalan baru la tu.. chah.. lain kali gi kedai gambar tu, bawak la baju kurung dan tudung bagi kat pempuan yg pakai skirt tu .. mana tau kut2 dia dpt hidayah kan.. :)

  3. aduuuss mana komen ku menghilang..he he hee kelakar cita akk nie..tergelak2 sy kat opis nie..geng sebelah nie mandang jew..x puas atie..:)

  4. Hang kalo pegi mana2 xde pewistiwa memang bukan chah la...ade je kesah hang kan...sambil masak sambil dok pikir kejadian yg hang tengok tak sampai 15 menit ekk..kweatif...memang kweatif...grrr grrr ngences aku tengok kewabu soton' hang.tapi....apakan daya aku tak mampu nak makan soton'...terpaksa berpantang demi nak kulit muka mulus cam kaki yg pakai sengket pendek tu..huhu

  5. Salam Chah...sukanya kita baca catatan awak ..senyum dan senyum serta berimaginasi...tu yang muka macam Shahnaaz tu Dan kerabu sotong tu memang buat kita tergoda sunguh.

Leave a Reply