Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BEEF LASAGNA

Terkuat pula sendawa perisa oregano dan herba-herbaan barat. Dari semalam. Heeee. Jarang sebenarnya saya nak bertindak balas  secara positif dengan sisa-sisa gen-gen rajin dalam badan. Bukan apa, bila aktifkan gen-gen rajin, semua anggota badan kena bergerak.Siku, betis, kepala, tumit dan pinggul kena bergoyang-goyang untuk menyudahkan apa yang telah dimulakan tadi.

Tapi menurut rekod peribadi, bahagian tubuh saya yang paling bergerak aktif adalah dagu. Mungkin kelajuannya boleh menyamai enjin kapal terbang baja. Tahap kuasa kuda juga boleh meningkat 4,5 kali ganda.

*Memang kerbau!
Comel apa kerbau. Bukannya kacau orang. Duduk diam-diam, kunyah pelan-pelan. Bukan habispun rerumput kalau dia mengunyah 24 jam sehari tanpa henti.

Samalah. bukan habispun makanan dalam dunia ni kalau saya juga bertindak comel seperti kerbau. Cuma saya suka kunyah lahap-lahap. 

Tak apa, tak perlu usaha keraspun untuk memahami tulisan orang yang tengah mabuk lasagna dan yang selalu guna minda di bawah sedar macam saya ni.

Lasagna versi tiada pengkhususan. Untuk versi molek-molek dan cun-cun boleh cari di internet. Melambak. Ini versi kerbau comel. 

Cuma dalam sistem khidmat pesanan ringkas saya tengah menaip "lasagna tu sila rebus dulu ya! Kuakuakua"
Bahan-bahan lasagna:
4 keping lasagna (saya guna yang bersaiz 3in x 8in)
Cheddar cheese secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya
Parmesan cheese secukupnya
Minyak

Cara-cara:
  • Rebus lasagna menggunakan air yang banyak. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam air rebusan.
  • Rebus separa empuk sahaja. Asingkan lasagna untuk mengelakkan ia pecah dan melekat antara satu sama lain. Ketepikan.

Bahan-bahan sos daging: 
Saiz hidangan: 2 orang (tulis je tu - padahal bedal sensorang)

1 mangkuk kecil daging kisar *saya kisar kasar-kasar
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 batang carrot (didadu kecil)
1/2 batang cellery (didadu kecil)
1/4 sudu teh dried oregano
1/4 sudu teh mixed herbs
Garam/gula/perasa
Olive oil/butter

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih bersama cili kisar hingga  garing. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan sos, herba-herba dan bawang besar. 
  • Masukkan carrrot dan cellery. Masak hingga daging empuk.
  • Seimbangkan rasanya.
Bahan-bahan untuk bechamel sauce:

1 cawan susu segar
1/2 cawan cooking cream (whipping creampun boleh)
1/2 labu  bawang besar (didadu kecil)
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam
Garam

Cara-cara:
  • Panaskan susu dan cream hingga mendidih kecil. Masukkan bawang dan serbuk lada hitam.
  • Bancuh tepung dengan sedikit air dan campurkan ke dalam adunan susu.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masak hingga mendidih dan sos menjadi pekat.
Cara-cara untuk assemble lasagna:
  • Tuang sos daging ke dalam loyang. *Juga boleh menggunakan disposable aluminium mould.
  • Tuang pula sos bechamel. Tabur cheese dan susun kepingan lasagna hingga menutupi keseluruhan sos.
  • Ulang hingga habis.
  • Tabur cheese di lapisan atas lasagna dan bakaar pada suhu 150-160 darjah C kira-kira 12-15 minit.

17 Responses to BEEF LASAGNA

  1. hmmmm...sedapppnya beef lasagna...
    makan omputehhhh lak yerkkk...
    dah tanggal contect lens biru tu..he3

    mas tak pernah buat lagi beef lasagna...
    nnti2 nak buat gak la..
    sedappnya tengok lasagna tu..
    mengancamm....

  2. morning datin!! tgk lasagne ni teringat masa awal2 kawin dulu.. (bunyi cam lama je... awal kawin 2tahun lepas..).. my laling siap bersilat kat dpaur tunjuk skill dia wat lasagna nih. utk isteri terchenta la katakan. skrg.. hmpp... kalau suruh masak, dia masak megi je. saboo je la..
    muahahahaha.. terbayang2 dagu kerbau.. jangan datinn... nnti jd sungguh gitu, fengsan..

  3. amboi mak datin... hari2 keluar menu org mata biru hijau nih... hehe

    nak kerbau? kat padang akak banyak kerbau, kerbau balar pun ada.. bb kerbau yg baru lahir pun ada.. pilih jer nak yg mana satu.. hehe

  4. AS'alam Chah

    hihihi...kalau disuruh pilih nak jadi apa, k.ct tak nak jadi kerbau, sebab dia suka sangat dok berkubang dalam lumpur. k.ct takut nanti ada pacat...hahaha

    termengidam bila tengok menu alah2 mamat saleh ni Chah, tapi bila nak buat tu macam terbantut pulak takut dan seram k.ct sorang aje yang kena habiskan..hihi time tu nak pinjam mulut dan dagu Chah lah untuk mengunyah aje eh..hahaha

  5. Chah,

    kalau hidang lasagna nie mmg tak cukup..suka sangat..
    tak ajak pun tak per..tapi terkezut gak dah habis kena makan sensorang yer..

  6. perghh gambor last sekali tu memang mantop la kak chah.. ai kalau menda2 gini makan kat restoren je. tak reti nak buat..ngeh ngeh.. eh nak join kunyah kerbau. hakhak

  7. mak aiii...ari-ari ko melantak makanan orang belah sinun jer ker chah...nasib la aku bukan jiran sebelah umah ko klu tak tiap2 ari aku mengendeng kat tingkap dapur ko...hahaha

  8. QH,

    sedapnya bukan apa sbb kita boleh olah ikut citarasa tekak kita kan...:)

    Chekgu Nora,

    Tetiba enjin rajin laju ke depan..kikiki..tkde maknanya ari2 nk mkn gini, tekak melayu tu melayu jugek!

  9. Kak Ratna,

    Yezza! set..dagu lah anggota yg plg kuat bekerja utk kita kan..hihihi

    Izah,
    mantop kah? ummm makan kat kedai kena tunggu reramai laki bini anak pinak, kalu sensorang nk gi ngayun dagu...tk besh..

  10. Kak Asma,

    Hehehe..dh kata kerbau!

    Puan Doc,

    Dh bangun dr pengsan! kita yg nk pengsan tgk nasi minyak mabeles dia ..dusss

  11. Hana, kam here ambik ni laling! :P

    Kak CT,

    alahhh kak CT tu nk risau apa kalau mkn byk manapun...uuuu nk jugak jd selim mcm akak...

    Kak Nor,

    Hehehe...a ah la, dh susah la nk cari kerbau kt sini sekarang...kena gi zoo...huhuu...

  12. Tun,
    heheh biasalah mula2 kawin semua manis belaka, tp dh lama2 ni, lagi la manis..awww..
    Alah apa nk heran dagu datin ni mmg dh ala2 kerbaupun..nyuk nyak sentiasa.. * ntah apa2 sound effect..

    Mas,

    eiii jgn termengidam suda...dh sold out! :)

Leave a Reply