Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKAN RENDAM ASAM SANG ARJUNA

Heyyy! jangan pandang sedei ye ekor ikan saya ni. Harus saya kena tendang tergolek dua kali sebelum masuk longkang kalau memperlekehkan lauk kegemaran nombor 'ke satu' Sang Arjuna ni. 

Muahahahahaha gelak lagi seraya melafazkan kata-kata "wahai sahabat sekalian alam, lauk inilah yang bisa membuatkan Sang Arjuna saya akan bersila lebar sambil tangan kiri 'mengilas' kain pelikat cap peti surat untuk melonggarkan ikatan.

Lauk yang paling universe ya bro-bro semua. Nak cari suri, ha carilah yang pandai masak ikan macam ni. Kalau tidak, memang tak pass la senang kira. 

Mula-mula rasa kuah, hilang sikit rasa terkehel kaki. Senak kat usus kecil terus jadi longgar. Bila cubit isi ikan, gaul dengan nasi, letak kuah lagi. Adoi mak! Terus jadi muda 10 tahun dari usia sebenar!
Kerana apa? Kerana semua sel-sel dalam otak telah berhubung. Sejurus lepas tu otak akan menghantar pesanan kepada semua anggota. Anggota tubuhpun  segera bermuzakarah dan sepakat membawa berkat mengatakan yang, yang, yang inilah lauk yang paling oh dahsyat! dahsyat!

*Jika tetiba anda rasa terbit bintang-bintang kecil atas kepala, perlahankan bacaan ya. Itu mungkin kesan sampingan. Itu kalau bintang, tapi kalau nampak bulan, galaksi bima sakti dan ada ambulans sekali, baiklah hentikan pembacaan serta-merta ok?!

Bahan-bahan:
Sumber : Ibu Mertuaku
2 keping isi ikan merah/jenahak * tapi bahagian ekor paling universe bro!
Serbuk kunyit dan garam - perapkan pada ikan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar -potong bulat
1-2 biji cili besar-potong serong
Air asam jawa
Garam dan perasa (jika suka)
Minyak

Cara-cara:
  • Goreng ikan yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  • Buang sedikit baki minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa. Juga garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan bawang besar dan cili besar dan masak hingga layu.
  • Masukkan ikan, gaul sebentar dan angkat.
Cer cuba masak untuk Sang Arjuna masing-masing, harus dia ajak dating kat Krabi. Heeee.

8 Responses to IKAN RENDAM ASAM SANG ARJUNA

  1. ohoooo ikan jenahak beb! Bukan sang arjuna pun tukar duduk bersimpuh jadi bersila sama... angkat lagi kain batik sarung cap 2 ibu... hu hu huuuu...tak pedulik ekor jenahak ke, kepala jenahak ke, terus singsing lengan baju nak bedal semua!

Leave a Reply