Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN SAYUR BATANG KELADI



Wahai Bonda Ku Si Ikan Kaloi
Timbullah Bonda
Tunjukkan Diri
Nasi Melukut Sayur Keladi
Buat Bonda Ku di pagi hari

Kehkehkeh. Kalau tanya saya nak jadi bawang putih ke bawang merah, ofkoslah saya nak jadi Si Merah yang cantik dan dapat kawin dengan anak raja. Tapi apa jadi sekarang? Saya Si Bawang Besar. Jadi saya cuma  dapat kahwin dengan Sang Arjuna aje. Eh tapi jangan, walaupun bukan putera rajapun tapi si dialah cinta ku dulu kini dan selamanya. Geds!

Weekend lepas saya masak asam pedas ni. Sang Arjuna saya mintak saya masak sayur keladi. Alo lo lo hai! Rasanya pernahlah sekali dua saya masak sayur ni. Entah betul ke tidak caranya. Ingat-ingat lupa. Masalah dalaman saya, bukannya nak usaha bukak buku ke, telefon mak ke atau tanyalah pakar aka kawan ketat anda iaitu Yang Berusaha Encik Gugel. Ini tidak, belum usaha apa-apa, terus tawakal. Hampeh.




Bahan-bahan:


4 keping ikan pari
3 pokok batang keladi
3 senduk kecil cili kisar
*2 labu bawang besar
*3-4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci belacan
*1 1/2 sudu kecil lada hitam
*1 inci kunyit hidup
3-4 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
air asam jawa
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak




Cara-cara:

  • Bersihkan batang keladi. Pastikan tiada pasir  atau kotoran yang melekat. 
  • Koyakkan kulit luarnya dan potong mengikut saiz yang sesuai anggaran   4-5 inci setiap satu. Rendam sebentar dalam air garam.
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumis bahan bertanda * bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan air dan biar mereneh. Masak dengan api perlahan agar kuah lebih mesra. 
  • Masukkan air asam jawa, asam keping dan daun ketum kesum.
  • Masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Masak sebentar dan masukkan batang keladi.
  • Seimbangkan rasa masam masinnya.
Mak Oooo mak, timbullah la mak! Besar datang ni!



6 Responses to ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN SAYUR BATANG KELADI

  1. hahhaa.. bawang besar ye.. ok laa tu, bwg besar kan kaler merah. hihi..
    tun baru sekali masak btg keladi. tp wat masak lemak. xpernah2 masak, baik sket laa dr kak chah. mmg tepon abih mama sendiri, mama in-law, pakcik gugel pun habis tun kerah tenaga tgk cmaner nk masak. haha

  2. Wehh bawang besar!cepat ambik nasik tambah lekas..!saya selaku pemegang watak bawang merah yang baik lg suci nak makan asam pedas lg ni..hahaha..adeh senak perut jap.

    Ni dpt keladi kat mana ni?Ada keladi belakang umah tu..tapi nak amik jadi sayur mcm x sanggup kemungkinan kena kegatalan err walaupun sebenarnya malas..haha..nak masak sayur keladi biasanya beli dah siap2 potong je..ehek

  3. Minggu lepas dah beberapa kali dok jeling kat batang keladi tapi mengenagkan badan tak berapa sihat dan tekak gatal je, so kena postpone ke suatu masa yg tak tau bile...

  4. wei..aku nampak mcm oily je...kurangkan minyak, beb. Jaga kesihatan. Hang kena sihat supaya dapat entertain aku.

Leave a Reply