Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SERIMUKA LABU ADIWARNA

Saya dah siapkan kuih untuk minum petang. Lepas ni tak kisahlahkan kalau saya nak terbongkang bersarang dalam selimut macam ular sawa. 


Tak tau apa dah nak dibuat dengan labu ni. Padahal ada sebiji je. Ari tu dah buat koci, semalampun dah buat donut. Lama-lama mau mokcik jadi labu-labi.




Tupun ada lagi sejuring. Tau tak sejuring tu apa? Hah, kalau masuk peksa harus kau terseringai kat situ Jah!

Buat serimuka labu ni, kemain banyaknya saya bertawakal. Bukannya pernah buat. Main campur dan agak-agak je agar dapat adunan untuk bahagian atasnya macam yang biasa dok buat serimuka biasa tu. Alhamdulillah, sedang-sedang je tekstur dia. Lemak labu tu yang buat saya suka. Lepas tu bubuhlah color-color sikit untuk bahagian pulutnya. Untuk naikkan seri gitu. Jomlah mengonyel serimuka ni dengan saya. Sedap beb!



Bahan-bahan:
Sumber : Adaptasi dari Serimuka Pulut Hitam oleh Ibu Mertua
Saiz : Loyang 20cm

Lapisan Pulut (Bawah)

2 cawan pulut putih
Santan pekat (anggaran 2 1/2 cawan * tak perlu habiskan jika pulut sudah lembut)
Sedikit garam
Secubit gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai (saya gunakan hijau, pink dan biru muda)




Cara-cara:
  • Basuh pulut dan rendam pulut kira-kira 1 jam.
  • Jika lebih lama direndam, pulut akan lebih cepat masak.
  • Kukus hingga masak.
  • Semasa sedang mengukus pulut, masak santan dengan garam dan secubit gula.
  • Masukkan daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Biar mendidih kecil dan tutup api.
  • Bila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus.  Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga pulut menjadi agak lembut dan santan menjadi sebati dengan pulut.
  • Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut lembut dan berkilat. Jika agak-agak masih keras, percikkan dengan sedikit santan dan kacau rata.
  • Ambil dua sudu pulut untuk setiap warna yang dikehendaki dan letakkan pewarna pilihan. Tidak perlu gaul rata.
  • Campurkan pulut yang telah diwarnakan ke dalam bahagian pulut asal (putih). Gaul sedikit saja.
  • Tekan dalam spring form hingga padat. 



Bahan-bahan untuk lapisan atas:

2 cawan santan pekat
1/2 cawan labu -direbus dan lenyek * sukat yang telah dilenyek 
Gula putih secukupnya (saya masukkan 5-6 sudu)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
Sedikit garam


Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah diisi dengan bahagian pulut tadi. Kukus hingga masak. Pastikan penutup pengukus sentiasa dilap untuk mengelakkan air menitis atas kuih.




Saya kemukakan resepi ini kepada:
Aspiring Bakers #12 -Traditional Kuih (Oktober 2011) yang dihoskan oleh SSB (Small Small Baker)

19 Responses to SERIMUKA LABU ADIWARNA

  1. Kak chahh.. Banyak dah saya ketinggalan menu2 mantop akak ni. Saya org pahang jati kak, tapi tak prtnah mkn kuih telipok. Bukn aje tak pernh makan, malah tak pernah jumpa pun. Akk ni mesti terror memasak. Banyak kuih muih pelik2 tapi nmpak best. Kuih sri muka ni sedapnya. Saya suke labuuu

  2. tak menahan betol akak nengok tang pulut adiwarna tuh chah...mula la akak nk bersilat kat dapo plak buat neh...tapi labunya enggak ada...kena g cari tak pun reka2 la kepala tuh buat hat len ganti labu (macam la aku reti sangat..muahaha)...mekaseh chah...akak ambek resepi yerrr....

  3. Aiseyy bawu sejibik labu dah feninnn...aku hat ada pokok labu ni memang dah jenuh pusin menu labu.Hat sejuring tu masak la lemak dengan pucuk labu...pastu buat sambai tempoyak..perghhh...sedappp ammmat wehhh...
    pssttt cantik talam hang..hehe

  4. Izah, org phg kewww...mebi kuih telipok tu ada kt belah2 maran je kot ..maklumla, name je dok phg, tp bkn abes lg satu negeri saya teroka.

  5. As'salam chah

    cantik nya chah, sedap juga buat bf pagi2 ni kan. Tapi kak ct ni jenis yang tak boleh makan pulut melebihi had. kang ada dok sebu satu hari..hehehe. buah labu ada 1 biji dok golek2 kat dapur tu :D

    Jap nak tanya gak ni.. sejuring tu apa ke benda nya Chah..haha.

  6. Kak ct, mmg mudah angin pulut ni, ngan labu plak...iskk kalu silap gaya xleh bangun....sejuring tu penjodoh bilangan org tganu memandai2 tambah....sepotong la maknenye...keke...tq sbb nyinggah

  7. tau tau maksud sejuring tu... mmg biasa dok guna masa anak dara dulu.. cuma sekarang je jarang sebut sbb takde geng.. hihi..

    comel jer serimuka labu tu.. pernah gak buat dulu2.. lama banget dah.. hihi..

  8. kak Madiha, sayapun jarang sebut, tambah depan anak2, kalau kita ckp loghat kita, bukannya diorang paham...


    Ibu rawiwa...ni cm serimuka jep... yang ibu dh terer tu..so x tercabarpun diri mu itewww...

    Hanim, bukan seri yang naik ke muka, tp saiz muka yang memboolat cm labu...

    Hazila, Yap apa2 yg guna labu mmg sempoi..

  9. wahhh sungguh cantik menawan kalbu kuih ni...terliur sudah chah...hmmm nak panggil akak ke tak ni? chah umur brapa yer? saya lahir thn 79..:)

Leave a Reply