Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CUCUR UDANG & KUAH KACANG

Masih terasa-rasa benar kat tekak saya kesedapan kuah kacang Ani. Ingatkan anak bongsu kerjanya melalak dan mengada je. Rupanya dia pandai masak kuah kacang yang enak. Saya yang bukan anak bongsu ni mulalah  buat-buat mengada teringin nak kuah kacang dia. Esoknya dengan  senyum terkepot-kepot dia tercegat depan pintu pantry dengan tupperware biru muda. Sayang Ani!




Balik merendek petang tadi dengan perut yang berlagak. Konon-konon takkan lapar punya sampai ke malam walaupun dah skip lunch. Baca banyak-banyak kali sikit. Saya skip lunch! Hehe. Tak makan? Idup lagi!? Sejarah penting negara tercipta tew! Kehkeh.




Mata rasa nak tertutup, tapi ke dapur juga bakal isteri mithali lagi solehah ni rebus ekor untuk dibuat sup. Sambil tu capai besen bancuh ajelah tepung.  Kacang tanah yang dah digoreng semalam kalau tak buat apa-apa nanti tengik pula. Kalau dah tengik takkan nak letak bedak Hibka untuk hilangkan baunya pulak.

Pulun ler laki bini makan cucur ni. Anak-anak? Seperti biasa memerhati dari kejauhan. Langsung tak datang dekat tengok mama masak apa. Ke mana deria rasa merekapun tak tahu. Hukhuk.


Bahan-bahan Cucur Udang:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 genggam taugeh
Daun kucai
Daun bawang
1 labu bawang besar
7-8 ekor udang (saya kupas kulit udang dan potong kecil-kecil)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

  • Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung.
  • Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan naik kerana sifat garam yang boleh membantutkan  proses yis untuk mengembang. * jika ingin mengadunnya sekali gus, jauhkan garam dengan yis semasa dalam bekas untuk membancuh.
  • Biarkan adunan naik hingga dua kali ganda.
  • Selepas itu, barulah masukkan taugeh, daun bawang, daun kucai dan bawang besar.
  • Masukkan udang dan garam. Kacau rata.
  • Goreng dalam minyak yang panas. Apabila cucur kelihatan mengembang dan mengeras sedikit dalam kuali, kecilkan api. Ini untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan isi yang lembut. Masak hingga garing kekuningan.
* saya cedok guna sudu terus ke dalam kuali. Cara dalam buku resepi tulis macam ni : cedok adunan dengan senduk kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak, letakkan  seekor udang di atasnya dan goreng dengan minyak yang panas.





Bahan-bahan Kuah Kacang :

1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
1 batang serai
2 ulas bawang merah
2-3 jemput udang kering
Sedikit halia
2-3 sudu besar cili kisar
2 keping gula melaka
Air
Garam
Air asam jawa
Sedikit minyak

Cara-cara:
  • Tumbuk  bawang merah dan halia. Tumis bersama cili kisar hingga garing.
  • Masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus.
  • Bila sudah naik bau, (ada ke masa kita masak tak berbau ye..erm)
  • Masukkan kacang dan air.
  • Masukkan serai yang telah dititik, air asam jawa dan gula melaka.
  • Masak dengan api perlahan. Tambah air jika masih kurang pekat dan masak lagi dengan api perlahan. Seimbangkan rasa masam, masin dan manis.
  •  
     
     

5 Responses to CUCUR UDANG & KUAH KACANG

  1. kak chaahhhh.. kuih koci kat bawah tu sangat la meruntun tekak saya nak menjamahnya. haiisshhh.. nak kena cari labu ni. lama dah tak emlabu. hehe..

    kuah kacang ni kalau pedas2 saya suke la pekena ngan cucur. kalau manis2 je suke ngan nasi impit je. sedap nyerr

  2. sbb kak izah panggil kak chah, tun nk panggil kak jugak laa.. hoho..
    mula2 ingtakan adik tun yg komen kat n3 td.. sbb panggil dia chah jugak. hihi... tu yg pelik, sejak bila budak tu ada blog, tgk2 chah lain rupa2nya.. selamat kenal2 ^^
    nmpk sedap betul cucur ngan kuah kacang.. gambar cantik2 ni tun lemah sket nih, tak tahan nengok! huhu

  3. Salam, sedap sangat nampaknya..nanti ada masa akak nak cubalah. minta izin utk abadikan resepinya dlm blog akak ye nanti. tq.

Leave a Reply