Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAKSA KUAH LEMAK


Laksa ini yang paling bertahta di jiwa. Senaraikan semua jenis laksa dari seluruh Malaysia. Even dari Mongolia dan Azerbaijan pun. Atau mungkin wujud laksa K-Pop dari Korea. Tapi laksa kuah lemak masih menjadi pilihan nombor satu. Nombor dua Laksa Penang. Oh nanti orang Kedah marah pula. Kalau begitu baik kita sepakat saja memanggilnya dengan nama cool ini- Laksa Utara. Ia  menduduki tempat ke dua carta cinta saya terhadap laksa. 

Sedap bai laksa ni. Macam menonton cerita Man Laksa. Sentuhan Mamat Khalid jarang mengecewakan. Carta pilim pulak dah!

Saya, Cikgu Azimah dan tiga adik saya yang lain  pernah merasa hasil dari titik peluh emak yang menjual laksa ini. Setiap hari Rabu. Jadi jika pada ramai orang yang rasakan Wordless Wednesday menjadikan hari yang dilalui  sendu dan kelu, tidak pada saya. Hari-hari indah dalam hidup saya banyak terjadi pada hari Rabu. Hari Rabu saya tidak pernah bisu, ianya sentiasa dipenuhi tona biru dan seputih susu.

Bahan-bahan:
1 paket laksa (saya gunakan jenama Eka)
7-8 ekor ikan tamban/kembung putih/selayang (ikan tamban paling kaw!)
6-7 cawan santan (daripada 2 biji kelapa)
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1-2 keping asam

Bahan-bahan ulam dan sambal:
Timun
Taugeh
Daun kaduk
Daun kunyit
Kacang panjang
Daun Kesum
Cili kisar (campurkan dengan sedikit belacan)

Cara-cara:
Rendam laksa untuk mempercepatkan proses merebus. Juga untuk menjadi wanita baik hati dan skema yang sentiasa cuba jimatkan gas untuk  menjaga ekonomi suami. Walaupun menda lain harem kau tak berjimat!  Rebus dengan dengan api perlahan. (Jika dibuat dalam jumlah yang banyak, seeloknya dikukus untuk mengelakkan laksa hancur). Jirus air rebusan laksa ke dalam sinki untuk mengikis lelemak yang tersekat dalam batang paip agar tidak susah-susah plumber datang masa anda tengah enak banget tidur tengahari. Bilas dan toskan.

Maaf,  proses merebus laksa sebenarnya mokcik nak kabo. Rendam-Rebus-Bilas-Tos. 4 perkataan je sebenarnya. Lebih kurang nilah, ai ai ai si teru tiga patah kata tapi jarangnya didengar . *ngongs asyik-asyik

Cara-cara (kuah):
  • Rebus ikan dengan air yang minimum. Agak-agak untuk merimas dan melemaskan ikan saja.
  • Perisi  ikan dan tumbuk isinya. Sila TUMBUK!  Kisar-kisar tak main. Sebab teksturnya akan jadi macam laksa kuah tisu. Huks.  Baca ni! Tidaklah dinasihatkan sangat untuk merajinkan diri mengisar  tulang dan kelapa ikan kerana kuah akan menjadi bertambah kelabu. Kureng cantik nanti bai. Jika laksa penang, eh Utara ok.
  • Jika jenis degil tak hengat, orang suruh letak air minimum dibantainya maksimum. Gasak. Jangan gusar, gunakan air rebusan ikan untuk memerah kelapa.  
  • Tumbuk bawang dan lada hitam. Masukkan ke dalam santan.
  • Masukkan isi ikan yang diTUMBUK tadi. Kacau hingga jiwa mereka bersatu dalam  periuk cap buaya. Masukkan asam keping.
  • Masak kuah sambil kacau-kacau dengan muka yang manis agar santan tidak berserakan dan berpecah-belah. Perasakan dengan garam. Bila sudah mendidih, tutup api dan anda memang sudah selesai memasak kuah laksa carta #1.
Kau memang cool lah  bai!


One Response to LAKSA KUAH LEMAK

Leave a Reply