Semua order akan cuba ditunaikan, walaupun makin kasarlah jari-jemari saya nanti. Takpe. Sebab saya jadi makin jatuh cintalah kat dia. Semuanya kerna suaranya jadi lebih macho selepas operation dulu. Heks.
Apa-apa makanan diadaptasi dengan menggunakan pastry puff memang menjadi kesukaan. Tetapi untuk mengulinya, ya ampun. Pertama kali saya cuba buat, habis berserabai terkeluar butter. Rasa nak aje campak ke rumah jiran sebelah, daripada asyik berkaroke siang malam baik tolong saya yang dalam kesusahan ini. Kali ke dua dan seterusnya saya malas mengambil risiko. Beli saja yang frozen di Yummie Bakery. Ada juga kawan beritahu suruh beli jenama Kawan.
Untuk membuat fiiling madelines ini ringkas dan tidak mengambil masa yang lama. Agak-agak ada tetamu nak datang mengejut dan dalam hati rasa nak tampar je sebab dah sampai dekat tol baru beritahu nak datang. Degooosh! Bolehlah hidangkan mereka dengan madelines degooosh ini.
Bahan-bahan:
Pastry puff secukupnya
Fiiling kesukaan secukupnya (strawberry, peach, blueberry filling)
50g butter
50g gula castor
1 biji telur
15g serbuk almond
30g tepung gandum
Esen vanilla
*adunan inti ini boleh menghasilkan kira-kira 8 ketul madelines.
Cara-cara:
- Pukul butter dengan gula hingga agak kembang dan gebu.
- Masukkan telur, esen dan pukul lagi.
- Masukkan serbuk almond dan tepung. Kacau sebati.
- Potong pastry puff empat segi sama anggaran boleh menutupi dasar acuan.
- Tekan pastry puff hingga ke dasar acuan.
- Masukkan filling. Sediakan inti dalam piping bag dan pipekan aduan inti tadi hingga ¾ penuh.
- Bakar pada suhu 170-180 darjah C kira-kira 20 minit.
Gebu intinya. Rangup puffnya. Masam manis blueberry fillingnya. 100% Degooosh!