Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEK CHIFFON PANDAN


Bagus betul jika saya adalah seorang yang lemah lembut gebu gemalai macam kek ini. Mesti semua orang sukakan kegemalaian saya itu. Tapi kalau terlebih gemalai, sakit pula mata mak mertua nanti. Terpaksalah unfriend ataupun hide  mak mertua dalam facebook sebab hari-hari nak mengutuk. LOL.


Ini kek yang wangi dan enak. Tidak pernah muak dan menci!menci!menci! untuk memakannya. Macam kita tengok muka suamilah. Kalau muak dan menci!menci!menci!, abeslah kau Kak Temah.
Mula-mula saya ‘kenal’ Cik Mat Gebu melalui Zaliana sekitar tahun 2007. Za adalah rakan sepintalan reben di alam maya. Kenal pula  Hana.  Lepas tu apa lagi asyik mencilok resepi dari e-buku masakan mereka lah. Lepas tu bila ada kawan-kawan bertanya resepi, mulalah buat-buat macam resepi sendiri, Walhal semua cedok dari sahabat-sahabat yang baik hati dan tidak lokek macam mereka ni.


Resepi ini telah mengalami pelbagai fasa percubaan.  Saya tukar gunakan tepung superfine dengan tepung naik sendiri. Juga santan dengan susu cair, susu segar dan juga bancuhan susu tepung. Dengan minyak dan tanpa minyak. Macam yang dibuat Wendy . Usah khuatir, ianya bukannya kek yang mengada-ngada. Senang nak membuatnya; semudah untuk melenyapkan kewujudannya dari pinggan. Jadi apa kata kita buat Tesco bangkrap sekali sekala. Jangan  beli yang di Tesco lagi. Godek je sendiri, daripada kamu menganga tengok Nora Elena yang didownload ulang-ulang-ulang sampai jatuh kanta lekap atas riba, baik buat kek. Tengok suami orang dalam TV tu buat apa, buat kek ini dan tengok suami sendiri makan. Barulah terasa hati kembang kuncup macam pakai kanta lekap warna-warni. Erm, yang tak ada suami, macam mana pulak? Takkan nak bagi tengok suami saya pulak? LOL

Bahan-bahan:
Sumber : Hana dan Cik Mat Gebu
Bahan A:
4 biji kuning telur
70g gula halus
150g tepung naik sendiri atau tepung superfine (hasilnya sama)
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml santan + pandan (perah santan bersama air daun pandan) *boleh digantikan dengan susu cair/susu segar
Sedikit pes pandan (untuk menguatkan daya saing rasa pandan)
Sedikit garam

Bahan B:
4 biji putih telur
70g gula halus
½ sudu teh cream of tar tar


Cara-cara:
Jika anda ada dua mixer yang dah penuh sarang semut tu, baik keluarkan dua-dua dan gunakan. Jika tidak,  ada satupun dah  boleh buat kek.
  • Pukul kuning telur dengan gula hingga warnanya menjadi lebih cerah berbanding warna asal. Pukul hingga agak kembang.
  • Masukkan minyak dan pukul lagi. Setelah agak sebati, masukkan susu, pes pandan, garam dan pukul perlahan-lahan. Nanti terpercik merata-rata, bising pula Bibik nak kena mengelapnya.
  • Masukkan tepung apabila adunan tadi telah rata. Pukul sehingga sekata dan sebati. Ketepikan. Basuh bersih beater untuk menyelesaikan Bahan B pula. (saya andaikan kita gunakan satu mixer sahaja).
  • Pukul telur putih hingga berbuih.
  • Masukkan gula dan putar dengan kelajuan sederhana. Bila sudah agar sebati, masukkan cream of tar tar dan pukul lagi sekuat daya mixer.
  • Pukul hingga mencapai soft peak/bertanduk.
  • Bila sudah glossy dan stabil, campurkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau secara kaup balik/folded. Jangan rushing macam hendak pergi ke jualan mega saja, kerana bancuhan putih telur tersebut sebolehnya dikacau perlahan untuk mengurangkan gelembung udara di dalamnya musnah. Itulah penentu kepada kegebuan kek nanti.
  • Panaskan oven 10-15 minit lebih awal sudah mencukupi.
  • Gunakan loyang kek chiffon (yang ada lubang serombong tinggi di tengah-tengah). Tidak perlu digris. Lap bersih dan pastikan ianya kering. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 35-45 minit.
  • Setelah kek masak, jangan rushing nak keluarkan kek dari loyang macam nak pergi ke jualan Corelle pula. Cuma terlangkupkan acuan dan kek akan turun sendiri. Jika masih melekat pada loyang, perlahan-lahan korek sisi loyang  dengan pisau plastic untuk menanggalkan kek.
Lepas ni mesti suami ajak pergi beli kanta lekap warna-warni lagi. Yang tak ada suami? Pergi jelah tengok Nora Elena tu!



6 Responses to KEK CHIFFON PANDAN

  1. Bundo, memang gebu...saya in loveee semua chiffon kek...oren n oreo juga best... ;)

    Ena, tq...mokcik ni lagi teruja tengok gambar2 kt blog ena...tetiba cm nk kena pegi jepun jumpa tuan punya blog...

  2. Hazila, tq singgah...untuk org yg terhegeh2 cm saya kiranya x le susah sgt...so sifu2 cm hazila..misti kacccangg je ni...:)

Leave a Reply