Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHEEZY CHICKEN CROQUETTES


Semalam tengok Ultimate Taylor's dalam Food Network Asia, macam sedap je dia buat crab cakes. Main kelepak kelepuk, siap dah boleh ngap. Tapi tak kuasalah pula saya nak melayan tekak mengada-ngada ni nak pergi beli isi ketam. Kalaulah saya ke Giant semalam untuk beli isi ketam, huish memang tahap ketaatan saya  pada nafsu makan memang tak dapat disangkal.


Tukarlah crab cakes dengan chicken croquettes ni. Sama je, kena kelepak-kelepuk jugak. Siap dah boleh ngap. Lagipun dah lama tak buat. Buat untuk mengonyel sambil mengomel, ok jugak kan? 


Seingat saya, jumpa resepi croquettes ni kat rumah Hana. Masa tu fuh glamer betul benda alah ni. Padahal bila digugel, kebanyakkannya buat croquettes ni menggunakan left overs juga. 

Ai baik betul saya semenjak dua menjak ni. Pandai berjimat. :P

Kali ini saya tambahkan lagi keasyikan kunyahan demi kunyahan dengan inti cheese! 



Bahan-bahan:

3 keping roti (biasanya guna roti yang dah agak-agak nak sampai ke penghujung nyawa tu)
1 ketul isi ayam bahagian dada (boleh juga gantikan dengan daging/ayam kisar ready made)
Serbuk lada sulah
Daun sup
Garam
Cheddar cheese
1 biji telur 
Bread crumb
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar ayam dan roti hingga hancur. 
  • Masukkan sedikit telur untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal.
  • Gaulkan dengan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus.
  • Masukkan cheese sebagai inti dan bentukkan mengikut kesukaan. 
  • Celup dalam telur dan golekkan dalam bread crumb. 
  • Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.

Asyik memang asyik! 

Besok saya akan berpergian lagi, jumpa lagi minggu depan. Joi Gin!


14 Responses to CHEEZY CHICKEN CROQUETTES

  1. Assalamualaikum Chah

    lama kak nur tk singgah sini....byk dh terlepas...gigit jari akak.

    sedap tu tengok cis yg mula cair tu....hahaa

  2. ok saya suka tekstur diluar tu , isi agak sedap , cheese yang melting tu bagus ...mungkin kalau saya saya akan perkemaskan lagi presentation. Apa-apa pun menepatiu citarasa saya.

    Chef Zubair (Masterchef Malaysia)

  3. saya dah try...nyummy....
    saya copy paste resepi ye...dan link kan ke sini... :D
    tq


    http://kalam-nurani.blogspot.com/2013/01/resepi-3-cheezy-chicken-croquettes.html

Leave a Reply