Beberapa hari lepas saya terserempak dengan seorang suri rumah ketika sama-sama buat-buat belek bawang. Padahal dalam hati masing-masing bukannya nak beli bawang sangat. " tudung pink dah buruk, yang hijau tak mecing. Yang hitam lak asik sangat pakai jadi dah berlubang kat bawah dagu. Berkarat pulak tu sebab masa basuh terlupa nak bukak brooch". Hikhikhik.
Terus konon-kononnya mencongak-congak. Oh bulan ni aku dapat sep bajet beli bawang rupanya. Dan acara mengangkut tudung 4,5 lai berlaku dengan begitu sempurna sekali. Dasar!
Dia yang memulakan komunikasi dua hala. Ai kan retis, takkan la nak tegur dia dulu pulak kan? Kuhkuhkuh.
Tot tet tot tet juga buah butir dari mulut dia, banyak juga yang tak sempat Kak Aguilera tangkap biji butir ceritanya. Maklumla Kak Aguilera ni pendiam orangnya, jadi akak cuma angguk-angguk garu dagu ajelah.
Antara yang dibincangkan; kisah buat donut. Dia ada bertanyakan resepi yang Kak Aguilera guna, nampak sangat muka hakoo ni muka pemakan menda-menda gelembung yang tegar. Haih!
Jadi, kepada kakak kawan baru yang hangkut rempah nasi goreng segera tu, donut ini saya tujukan kepada akak dengan pertanyaan, nak buat apa dengan rempah nasi goreng banyak-banyak tu????
Kali ini saya buat versi keladi. Resepi asal donut kentang Fatmah dari Indonesia yang saya discover thru Izah beberapa bulan lepas.
Versi keledek yang kalau tak 'pekena' seadunan dua harus boleh buatkan badan jadi seram sejuk macam tak cukup dos daun ketum. Jenguk kat sini. Kalau tak dapat, rasa macam jatuh maruah dik! Kehkehkeh.
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g keladi (rebus dan barulah ditimbang)
100ml air dari peti sejuk
Secubit dua garam
1 sudu besar donut improver (saya tambah)
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer kecuali garam. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer.
- Pukul hingga doh agak sebati dan barulah masukkan garam. Uli hingga doh menjadi elastik dan licin.
- Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
- Canaikan dan tekap dengan acuan donut. Taburkan sedikit tepung gandum jika doh agak lembik dan melekat.
- Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
- Goreng dengan api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
- Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing.
hik hik... bab pakai tudung ulang2 smpai berlubang kat dagu tu mcm kes yg sama je dgn tun. kui kui.. yg berkarat sbb x bukak brooch tu pun stended la..
keladi pun blh wat donat! mantap! tun x pandai beli keladi, aritu beli lepas rebus keras kejung! stress je.
Salam Chah.hi..hi.. tengah bayangkan mcm mana aksi Chah dg akak dok pilih bayang sambil dok fikir ttg tudung...jgn terpilih bawang rosak sudahlah...hi..hi..
donut keladi...satu kelainan...nampak lembutnya...
phew...sekali bila chah bercerita, tergelak aje... tak sangka keladi pun leh buat donat ye...kat sini leh tahan payah juga nak dapat
kak chah... komen2 ai yang di entry lalu semua tak keluar kat blog kak chah sebab spam. cer la kak chh cek box spam kat emel.. sadisss sampai kelabu kelaba jek tengok donut.. rempah nasi goreng? hahahha... apakah angelinajoli pikir sama kak aguilera pikir? hakhak.. buat dahh angelina pulak dahh
Chah,nampak lembut sangat donat keladi tu...
Assalamualaikum,
Termari sini kena tanya lah. Bila makan ada rasa keladi tak? Dalam peti ada sweet potato lebih buat mee jawa, esok try buat dengan sweet potato.
As salam Dr H, tq singgah ye blog saya... Rasanya x mcm kita mkn pengat keladi etc yg masih maintain dlm bentuk asal, tp ada rasa lemak n donut akan jd lembut. Dgn keledekpun sedap n donut akan jd sgt lembut n lemak2...
lehh cedokk resepi nie..nk kena nunggu keladi sampai ke rumah nie..he heee bab epesod brooch karat tue..hikkk hikk sama jew mcm kita..byk beno karat kt tudung nie..aiishhh .
smlm ai tengok tajuk entri donut pepel.. aikkk dah tukar jd keladi lak ya.. :)
kak nor,
ada gak buat donut pepel...hehehe...guna keledek ungu...tp asik2 entry keledek jer, tu yg ai tangguhkan dulu...masuk keladi dulu yg dh lama tunggu giliran...kekeke...