Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BINGKA KELAPA


Nombor di tengah-tengah IC saya ialah sebelas. Maknanya saya lahir di negeri yang ada selonggok masjid yang mahal-mahal tu. Masjid-masjid internasional yang berharga bermelia-melia. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.



Saya dibesar-besar-besarkan di Pahang, tetapi banyak makanan yang masuk ke perut saya dipengaruhi  makanan dari negeri yang terlebih G tu. Emak dan ayah anak jati Terengganu, jadi secara tak langsung selera saya juga banyak yang telah  diterengganukanG .


Dulu-dulu emak selalu buat kuih ini. Kuih yang ringkas tapi sangat dipersetujui oleh tekak dua ratus peratus. Chewy gummy yang lemak. Ala-ala kuih dangai dari Utara. Tapi kuih ini lebih lembut berbanding dangai yang agak kering. Dan yang paling penting ianya tak macam chewing gum biasa. Ini boleh telan punya. Hebat kan? Memang hebat sebab kuih ni sedap. Kenyal, gummy dan lemak manis. Huishh!



Bahan-bahan:
Sumber : Bonda Tercinta

Setengah biji kelapa inti (diparut putihnya sahaja)
1 cawan tepung pulut
3-4 sudu besar gula putih
Sedikit garam
1/2 cawan air




Cara-cara:
  • Gaul kelapa tepung dan gula.
  • Masukkan garam dan air. Kacau sebati.
  • Cedokkan ke dalam acuan kuih bahulu yang telah disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu.
  • Bakar hingga garing.
*Saya lebih suka yang terlebih garing. Lekat sikit kat celah gigi tak pe sebab nyaman!



 
Saya kemukakan resepi ini kepada
Aspiring Bakers #12 :Traditional Kueh (Oktober 2011)  yang dihoskan oleh SSB (Small Small Baker)

15 Responses to BINGKA KELAPA

  1. Ooooo.. kak chah org ganu jugak je.. tun org kemamang! ^^
    tun kalau kuih2 tradisional nih, tun fail sket. ni baru je gagal dgn hebatnya buat kuih koci. muahaha~

  2. selalu bantu arwah tok niaga masa kecik2 dulu sekitar 80an... kelapa di masak sekejap dgn gula n air hingga sebati serta dimasukkn daun pandan... pas sejuk kuorkan daun pandan ,baru masuk tepong pulut tu... lagi sedap dlm minyak utk sapu pada acuan dipecahkan sebiji telor... akan kranci2 rasa telor arwah tok jaja kuih berserta tikar kericut,dgn harga 20sen berserta kuah bakar 10sen seketol... kelapa di pasut guna tangan,yg bantu buang kulit hitam pada kelapa adalh arwah toki pas dia balik dr laut... ptg2 lak arwah tok mengayam tikar kericut...rindu2 semua,rindu mandi sungai ganu... minum ngan kopi o panas best gilarr

Leave a Reply