Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ROTI CANAI WAN


Baik. Ini semua tak ada kena mengena dengan Wan Nor Azlin. Atapun Wan Azizah ataupun one to som. Bukan ok?!
Wan tu adalah panggilan anak-anak kepada emak kesayangan saya. Kebetulan pula memang mereka ada satu (one) saja nenek yang masak sedap-sedap dan suka bagi anak makan banyak dan  jadi gemuk. Emak orang lainpun masak sedap juga, Tapi tak pula mereka mengikut jejak langkah saiz adik-beradik saya. Mungkin dalam setiap masakan, emak mereka masukkan Jus Mate Dokter rambut leper kot.
Setiap kali balik kampung, menu sarapan pagi hari pertama- roti canai. Saya tukang bancuh. Emak tukang tebar. Kalau bagi saya yang  tebar, mahu koma jiran emak  sebab terkejut menengok tepung-tepung bertebaran di udara.

Ini memang cabaran. Sebab anak-anak saya sukakan roti canai. Yang rasa macam kulit kakipun dihentamnya juga. Tu belum yang mamak garu misai dan semua kutu-kutu dalam misai jatuh dalam tepung roti canai. Makan tak ada perasaan macam itulah.
Saya cukup tersentuh bila Nuhaa kata makanan yang paling sedap dalam dunia adalah roti canai wan. Sebab roti canai jugalah dia sudah pandai makan kari.
Dan  hari ini saya berjaya menebarnya.  Macam mana caranya? Tak sampai hati pula saya nak meng-you tubekannya.  Nanti terlebih sensasi pulak rasanya. Ahaks.

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 ½ cawan air
Marjerin

Cara-cara:
  • Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air. Kacau hingga semua bahan larut.
  • Masukkan tepung dan uli hingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal.  Sambil uli sambil zikir, boleh?  
  • Bentukkan bulat-bulat anggaran sebesar  genggaman. Sapukan dengan marjerin dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam. Sebaiknya  peram semalaman kerana masa semua orang tengah tidur, tepung dan marjerin sedang bermesra dan ketawa ria. Jadi esok mereka akan  lebih sebati.
  • Tebarkan seperti anda memang seorang yang pro yang dah bekerja di restoran mamak selama 7 tahun. Boleh juga tebarkan macam tebar kain cotton jepun yang orang jual kat pejabat yang dalam hati rasa nak beli tak beli. Atau leperkan-leperkan dalam dulang yang lebar, tarikkan hujung ke hujung adunan tepung ke tepi dulang. Lipat atau tarik memanjang dan pintalkan. (macam susah nak bagi penerangan  part ni)
  • Bakar (goreng?) dengan api perlahan dalam kuali leper. Balik-balikkan dan sapukan sedikit marjerin semasa proses membakar (goreng?).
  • Tepuk atau hempuk roti yang telah dimasak untuk lebih sedap dan tekstur roti yang lebih lembut. Terbaek! Terbaik!

14 Responses to ROTI CANAI WAN

  1. Huhu..mak aku dulu pun sokmo buat..wesepi pun ala2 lebih kuwang je..tp tak menurun kat anak dia aa..padahal cucu mak aku suka banget dengan rotcai..tapi ibu cucu mak aku malasszzz...suka beli yg segera...paratha kawanku...hehe...bravooo..muahhh!

  2. huhu...chah nampaknya aku kena kuat semangat mcm hang la..sebb cucu2 mak aku dah sibuk suh aku buat rotcai sendiri...nanti la tahap kewajinan aku meningkat...

  3. Anonymous,

    marjerin tu secukupnya la, untuk sapuan setiap biji roti semasa proses peram tu. Biasanya kalau sekg tepung tu dapat anggaran 15-16 biji saiz sederhana, so penggunaan marjerin tu biasanya anggaran satu sudu untu sebiji. Cuma pastikan x terlalu banyak & tak terlalu kurang, sebab jika byk sgt, taulah kan penggunaan lelemak ni kalau berlebihan. Kalau kurang sgt nanti roti akan melekat satu sama lain. Selamat mencuba

  4. Aku oranag Indonesia ,mau mencoba resep yg anda buat,saya hanya dengar cerita dan lihat di t.v saja tentang roti canai,terima kasih

Leave a Reply