Sepuluh tahun yang dulu, saya rasa biskut ini memang hidangan yang sangat hebat. Jika ada hidangan ini di atas meja tuan rumah, pasti ianya dicekau dulu. Jakun sebab belakang rumah tak tanam pokok almond kan. Semenjak zaman Uni lagi, setiap kali tibanya lebaran, saya pasti akan buat biskut ini. Walaupun rupa paras dan rasanya kadang-kadang boleh masuk tekak, tapi kebanyakannya cuma layak masuk tong hitam.
Macam-macam isu. Mengalahkan isu Bukit Kepong vs Mat Sabu. Coklat tak mencair sempurna, almond lemau, biskut tak rangup. Haih.
Adunan biskutpun ada pelbagai versi. Tetapi saya jatuh cinta dengan adunan biskut bila memakan London Almond yang dibekalkan keluarga Roger, rakan satu kolej-sekarang ini sudah menjadi orang yang sangat berpengaruh di MAS. Mungkin Roger sendiri sudah lupa rasa London Almondnya yang sangat lazat itu tetapi rasa itulah membuatkan saya tergila-gilakan biskut ini hingga sekarang.
Saya kongsikan resipinya setelah saya ubahsuainya mengikut apa yang saya rasa dan teka bahan yang terkandung dalam biskutnya itu.
Bahan-bahan:
250g butter
120g gula halus
1 biji telur
Esen vanilla
2 cawan nestum (kisar dahulu baru sukat)
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh emplex
Secubit garam dan sedikit baking powder
500g-700g badam (dipanggang)
* jumlahnya bergantung kepada saiz gentelan Cik Temah sekalian ya.
1kg-1.5kg coklat masakan * juga bergantung kepada jumlah biskut yang siap
(saya lebih redho meraikan tekak yang mengada-ngada ni- jadi saya gantikan dengan chocolate compoud jenama Berry's sebab ianya lebih sedap berbanding cooking chocolate)
(saya lebih redho meraikan tekak yang mengada-ngada ni- jadi saya gantikan dengan chocolate compoud jenama Berry's sebab ianya lebih sedap berbanding cooking chocolate)
Paper cup secukupnya
Almond cincang untuk hiasan
(untuk versi ini saya beli gunakan pink candy dan white choc - juga jenama Berry's)
(untuk versi ini saya beli gunakan pink candy dan white choc - juga jenama Berry's)
Cara-cara:
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan esen dan nestum.
- Akhir sekali masukkan tepung, baking powder, garam dan gaul ramas hingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Sejukkan sebentar dalam peti ais untuk merangupkan lagi biskut.
- Gentelkan doh dengan badam yang telah dipanggang dan bakar kira-kira 15-20 minit atau sehingga biskut masak pada suhu 170 darjah C.
Gunakan function kipas pada oven untuk mempercepatkan biskut masak dan kering. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam paper cup. Susun biskut secara memanjang dan berhimpit-himpit macam naik komuter pada musim raya. Curah coklat masakan yang telah dicairkan secara double boiler. Jangan tamak haloba! Cairkan sikit demi sedikit. Taburkan dengan almond nibs ataupun hiaslah mengikut kesukaan.
Nota :
Bancuhan untuk membuat biskut atau cookies sebenarnya tidak perlu menggunakan sukatan tepung yang betul-betul tepat seperti yang tercatat dalam resipi. Ini kerana banyak faktor yang mempengaruhi jumlah tepung yang diperlukan. Contohnya telur, walaupun saiznya sama (katalah telur gred B) tetapi hayat telur perlu diambil kira- makin lama telur dalam simpanan, makin cair bahagian putihnya. Begitu juga sebaliknya jika telur yang betul-betul segar akan kurang cair. Jadi apa yang utama, berbalik kepada prinsip asal membuat cookies atau biskut (rata-rata caranya tepung dimasukkan akhir sekali). Cukup sekadar doh yang tidak melekat di tangan. Jadi sukatan tepung akan kurang atau sedikit terlebih.