Nak berterus terang ni. Sangat. Ini kek untuk hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 13. Teruja kau!. Manakan tidak, ingat senang ke sudu dan garfu nak bersama lama lama lama lama lama lama. Sedangkan kedua-duanya jelas berbeza. Ibaratnya saya sudu, Si dia pula garfu. Bahan asasnya sahaja yang sama. Stainless steel, plastic atau emas tempawan 24 karat. Rupa fizikal tak sama kan? Penggunaannyapun lain-lain. Tapi selalu berpasangan. Macam saya dan Sang Arjuna saya itulah. Saling lengkap melengkapi. Perlu memerlukan. Tapi dalam pinggan bersenggol-senggolan. Tongkah menongkah. Akhir sekali bila semua makanan habis, tinggal si sudu dan si garfu terkepit-kepit. Hehe. Gedik dan gedik dan gedik.
Ini kek pertama yang saya buat semenjak gedik nak juga ada blog masakan. Sambil senyum sambil godek-godek tepung. Ini juga kek kegemaran Nuhaa. Oleh sebab dia anak yang menyakitkan kepala saya bila berkisah hal makanan, jadi apa salahnya saya ketepikan kehendak tekak saya je, kan?.
Saya lebih menggilai kek coklat dan cheese cake berbanding kek ini. Jadi saya dapat meneka, kek ini akan berada lebih dari sehari dalam peti ais nanti. Dan jangan ditanya tempoh masa cheese cake dan chocolate cake boleh stay dalam peti ais saya. Huk!
Resipi ni dah lama saya simpan. Sumbernya? mana lagi kalau tak dari sini. Banyak resipi yang saya boleh percaya di situ. Jenguk-jenguklah. Ada pelbagai resipi kek. tapi kena tapis dan study juga. Ni asyik-asyik kek pisang saja. Ahaks.
Sebelum ni saya pernah buat kek ni. Tapi itu musim malas nak bergambar-gambar dan taklah seover sekarang. Pada saya, buat kek ni tidaklah mencabar sangat. Sebab bahan asasnya seperti buat kek mentega. Cuma bezanya resepi ini ada menggunakan buttermilk. Tak adalah haih saya nak menyusah-nyusahkan diri buat kek yang complicated. Baik aku membuta.
Bahan-bahan kek:
Sumber: Joy Of Baking
200g butter
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur dan 1 biji kuning telur
¾ cawan buttermilk (campurkan ¾ cawan susu cair dengan satu sudu cuka) * saya gantikan cuka dengan apple cider vinegar
Secubit dua garam
1 sudu teh soda bikarbonat
Esen vanilla
Cara-cara:
- Sediakan loyang bersaiz 20cm/8 inci. Lapik dengan parchment/baking paper dan oleskan tepi loyang dengan butter.
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan soda, garam diselang-seli dengan buttermilk. Kacau sebati. Untuk memudahkan kerja, dan tidak menyakitkan kepala yang penuh uban, bakar kek dalam dua loyang. Bahagikan sama rata dan ini akan menyenangkan kerja-kerja memotong kek nanti.
- Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 30-35 minit. (jika menggunakan dua loyang). Jika satu saja, kira-kira 45-50 minit. Sejukkan sebelum dibelah untuk mengisi filling.
Bahan-bahan untuk filling dan topping:
250g cream cheese
¾ cawan gula halus
Sedikit jus lemon
1 cawan whipping cream (biarkan pada suhu bilik dan putar hingga kembang dan pekat)
100g dark chocolate (cairkan secara double boiler)
Cara-cara:
- Pukul cream cheese hingga warnanya menjadi sedikit pucat.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan perahan jus lemon.
- Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi dan kacau sebati. Tidak perlu menggunakan mixer. Masukkan dark chocolate dan kacau hingga sebati dan rata.
Bahan-bahan untuk coffee syrup:
¾ cawan air panas
2 sudu besar black coffee (saya tambah lagi dengan 2 sudu besar Nescafe untuk menjadikan rasa kopi yang lebih strong)
½ cawan gula
Kacau hingga gula dan kopi hancur seperti membancuh kopi untuk bapa mertua. (Oh lupa bapa mertua saya dah tak minum kopi)
*inilah bahan yang menyebabkan kek ini dipanggil tiramisu kot. Sama seperti penyediaan tiramisu biscotti juga yang mana finger biscuits direndam dalam ekstrak kopi dan dilapisi cream cheese filling.
Cara melapis kek:
Potong kek kepada 3 atau 4 bahagian. Potong atas kek yang mungkin pecah dan naik tidak sekata. Biar sama level. Kikis sisi kek agar kek cantik dan seimbang serta memudahkan proses mengisi filling dan topping.
Setiap lapisan kek, sapu dengan coffee syrup. Kemudian isikan filling. Ulang hingga kek yang terakhir dan letakkan topping kek hingga menutupi semua bahagian kek. Hias mengikut kreativiti ataupun apa lagi.. google atau cari sahaja di You Tube. Lepas tu mengaku reka sendiri, macam saya selalu buat. Bagus!
Kek sudah siap, saya tengah tunggu Sang Arjuna balik kerjalah ni untuk raikan cinta!
ah ha..kek satu, piringpun satu, sudu garfupun satu set, airpun satu...makan kongsi-kongsi, sambil himpit-himpit...hiks! |
Chah..
kalo guna mascarpone cheese lg mantop...
memang sedappp sangat...hang tang suka tiramisu jd suka...trust me! :D
Hehe...hang ka pengkomen yg ke satu....hiks...ya benar belaka...mascarpone cheese ofkos lg lazat ..Kalu buat tiramisu biscotti aku buh mascarpone...
hehe...sbb aku memang pencinta tiramisu...
I love this entry. It is a very good analogy.