Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CREAM PUFF WITH NUTELLA FILLING

Monday mood? Alhamdulillah dalam keadaan baik. Secara tak langsung mood yang bermunger-munger ni telah mengenepikan Monday Blues yang banyak bersarang dalam jiwa orang lain. 
Antara sebab mood berada di puncak awan. Semalam saya ke KB lagi. Hushhushhush. Berjumpa Nuhaa yang 'comot' buat hati saya yang berkeromot terus jadi lapang. Masa mula melangkah keluar rumah, terasa ada batu berat juga menghempap dada. Bimbang dia tersasar dan gusar atau dirundung musibah dan masalah. Alhamdulillah, ada masalah 'kuman-kuman' saja. 
Ditambah lagi bila dapat apa yang dihajati. Mengidam untuk belikan emak 'pemanggang ajaib' yang disebut-sebut emak telahpun tertunai. Satu untuk emak dan satu lagi untuk mertua. Hai sakanlah mereka memanggang lepas ni!
Sebenarnya maklumat emak yang tak berapa effective buatkan pencarian  pemanggang ajaib itu hampir menemui jalan buntu. Tapi bila maklumat penuh berjaya dikumpul, maka berserendehlah hos Semanis Apam Jagung bersama Ostat Arjuna Lengan Cekak Penuh ni mengusung piuk belanga dari KB nun.

Udah ler tu ustajah. Mari kita makan pula. Suap cream puff tanpa custard filling macam biasa. Sumbat nutella menggantikan custard filling atau corn custard filling boleh beri feeling yang baik juga. 
Bahan-bahan (saya telah bahagi dua resepi asal Kak Wan):
Sumber : Kak Wan
55g butter
125ml air
Secubit garam
1/2 sudu teh gula
75g tepung gandum
2 biji telur saiz B
Cara-cara:
  • Didihkan air, butter, garam dan gula. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Perlahankan api. Kacau sehingga adunan  membentuk bebola dan terdapat lapisan putih nipis di dasar periuk. 
  • Ketepikan adunan dan biarkan suam.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul rata hingga menjadi likat.
  • Masukkan dalam piping bag dan pipekan ke atas dulang yang telah dilapik dengan parchment paper/kertas minyak.
  • Spraykan dengan sedikit air pada permukaan cream puff.
  • Panaskan oven kira-kira 5-7 minit lebih awal.
  • Bakar pada suhu 180 dec C pada 7-10 minit yang pertama. Turunkan suhu kepada 160-170 dec C dan bakar hingga masak.
  • Hidangkan bersama filling kegemaran.



9 Responses to CREAM PUFF WITH NUTELLA FILLING

  1. Salam Chah. tentu MIL dan mak Chah senyum lebar dpt pemanggang ajaib....sesuai sgt buat panggang lauk bulan puasa nanti. crim puff tu...alahai tomeinya posing atas gelas....cun gambarnya...

Leave a Reply