Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PULUT PANDAN & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Nak pergi mana-mana sekarang ni kena pakai topi keledar keselamatan khas. Bukan apa, berjaga-jaga takut kena hempap dek durian yang berguguran. Demam durian yang mengiringi demam Euro 2012. Bau semerbak bertebar di mana-mana. Kesian orang yang tengah gentel-gentel sakura kat Jepun. Ataupun yang tengah memetik tulip biru merah kuning jingga di Eropah dan juga di selatan Temerloh pohpaleh weh tu. (Heks, belum ada ye tulip tumbuh kat Temerloh? manalah tahu satu hari nanti kan?)  

Pastinya harga durian kat sana tu mak aih
Kat blog mana-manapun sekarang demam serawa durian juga. Versi saja berbeza-beza. Yelah, dah tekak yang menelannyapun tak sama. Janji piawaian tekak masing-masing dah tercapai pada tahap maksimum. 

Serawa ni saya sediakan dalam kuantiti yang agak banyak pagi tadi. Tapi tak adalah sekebun durian saya korbankan. Cukup agak-agak untuk 20 orang makan. Sebab cara makan juga bukanlah pelahap macam Cik G tew! Mereka makan apa yang ada tanpa persoal dan komen walau sebaris ayat. Mereka tu anak-anak yang ibu bapanya dipanggil Pencipta lebih awal. Mereka itu ibu bapanya tak mampu untuk menyuapkan mereka dengan makanan enak-enak hatta berlaukkan minyak masak yang digaul garam sekalipun. :(

Mereka kini berada di sebuah rumah yang penuh rahmat dan kasih sayang Allah. Saya percaya dan yakin itu. Jadi jika anda rasa suapan makanan lazat-lazat yang anda miliki sudah tak mampu dimamah lagi, tak mampu ditelan lagi, bolehlah hulur-hulurkan pada mereka. 

Rumah Amal Buah Hatiku
22, Jalan 7/3C
Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Maybank : 562414006411 atas nama PERIBADI MULIA
USTAZ RIDZWAN : 019-2303789

Hummpp semalam mereka bersarapan dengan jemput-jemput kosong semalamnya punya. :(
Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
2 cawan pulut
5-6 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
3 cawan santan pekat
2 keping gula nisan/melaka
1 mangkuk sederhana isi durian
1 helai daun pandan
3 sudu besar sagu mata ikan
2 genggam kecil sekoteng
Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

13 Responses to PULUT PANDAN & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

  1. nampak sangat sedap serawa tu,tapi tak faham apa tu sekoteng?? entah2 kat tempat akak panggil lain kot kan aduhhh lambat loading lah kak noor ni kan hee sorry ya....
    tahniah jugak dari akak blog U all masuk majalah

  2. assalamualaikum...
    amboi kak chah...mcm2 rekaan recpnya, mabelesss hehehe terliur mak buyong nih huhuhu. xleh jd nih balik kg kene carik n makan sepuas-puasnya hahaha.

  3. Salam Chah. sorang2 tayang serawa durian...mmg buat terliur...mana nak cari durian kat Arab ni...tp Chah punya lagi special ada skoteng....tumpang jamu mata ya...

  4. Mamasya...huuuuu, sori...nanti balik mesia pulun puas2 yea...

    Wendy,

    great u r here! Serawa must have dessert bila musim durian come close to you..hurry up while stocks last! heee..

  5. Kak Noor,

    sekoteng tu nama lain dia pacar cina..akak bukak kat post talam sekoteng saya kat sana ada saya letak gambar sekoteng yg belum rebus..

    kak Sha, now sekoteng ni dah ada jual kat bakery shop. Dulu if im not mistaken byk jual kat melaka je.

  6. QH,
    tahniah juga dari saya...

    Tina,
    sedap ni..lepas pekena serawa...sendawapun kemain panjang..:)

    Nazrah,
    tenkiu... jemput rasa versi sekoteng ni..:)

Leave a Reply