Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUE TIAW KERANG BULU



Hari ini 19 Jun, ulang tahun kelahiran Shaffe. Happy bestday Babe! Lebih istimewa 19 Jun juga adalah  ulang tahun kelahiran emak tercinta. Yang ke 60, tapi wajah redup itu tidak seperti wanita berumur 60 tahun. Wajahnya tetap srikandi di mata saya sampai bila-bila.

Dan di tarikh kelahiran emak juga, satu-satu adik lelaki saya meninggalkan kami dua tahun dulu. Perginya menemui Maha Pencipta tanpa boleh disanggah walaupun sesaat.
Walaupun dua tahun tempoh masa yang boleh membuatkan yang muda menjadi tua, yang tua pula akan lebih ganyut, tapi rasa hangat tubuh dia yang 'pergi' di pangkuan saya masih lagi terasa seolah-olah baru berlaku beberapa minit yang lepas.

Pertama kali saya menghadapi saat manusia menemui sakaratul maut dalam dakapan saya. Pertama kali juga saya melihat degup jantung yang tiba-tiba dihentikan injapnya, berakhir juga nafas panasnya. Maha suci Allah mengaturkan takdir yang tidak akan menyusahkan siapa-siapa lepas dia dipanggil pulang. Dia pergi tanpa sempat beristeri dan mempunyai pewaris keturunan. 


Al fatihah buat adikku. Oh, dia memang seorang adik yang sangat handsome.


Tengahari ni saya kunyah kue tiaw goreng. Nak sebut char kue tiaw pun boleh, sana saja maknanya. Jaman saya 'keliru' dulu, saya ingatkan 'char' itu merujuk kepada kuetiaw goreng basah. Itulah pentingnya English Edukesyen. Eh  Kantonis? Mandarin? Edukesyen
Bahan-bahan:
2 genggam kue tiaw (anggaran 1/2 bungkus = 200g)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
1/2 mangkuk kecil isi kerang bulu 
* bagi yang belum pernah masak kerang ni, dia bersaiz besar daripada biasa, dan kulitnya berbulu-bulu sedikit. Ngeri? tapi  isinya lebih besar, sedap dan kenyal.
2-3 sudu kecil sos lea & perrins
2-3 sudu kecil sos tiram
2-3 sudu sos cili
1 biji telur
kicap cair secukupnya
1 genggam taugeh
2-3 tangkai daun kucai
Minyak
Cara-cara:

  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing.
  • Masukkan isi kerang dan sos. Kuatkan api.
  • Masukkan telur, biarkan sebentar. Bila telur agak mengeras, pecahkan-pecahkannya.
  • Masukkan kue tiaw dan kacau rata. Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sebentar dan tutup api.


9 Responses to KUE TIAW KERANG BULU

  1. chah, ai miss u!! :)

    1. happy birthday buat anakanda dan juga bonda adinda ya.. semoga sentiasa dlm rahmat Allah dan dlm perlindunganNya..
    2. takziah atas kehilangan adinda yg disayangi.. Allah lebih menyayangi dia kan..
    3. ai sukerrrrrrrrrrrrr sgt kue tiaw kerang nih.. bg ke pinggan besar pun ai boleh abiskan..
    4. ai nampak buah pebret ai kat belakang yg blur2 tu.. NANGKA!!! NAK!!
    5. love u chah :)

  2. sedapnya kue teow kerang Chah,akak baru je siap tulis entry char kue teow utk esuk hahaa,entahlah anak2 kata char akak pun ikut char lah jugak,tk ktau makna nya hanya CHAH je yg tau heeee

  3. happy bday pada yg sambut bday esp buat bonda yang awet muda dan anggun di pandangan mata anakandanya..
    al fatihah buat adik lelaki kngah yang telah kembali kepada penciptanya..sakit apa tu kngah?..muda lagi tu?


    *kngah?..hehe

  4. Happy Bday buat dua insan yang penting dalam hidup Ecahh..

    Al-Fatihah buat Arwah adikmu yang handsome.. sedih dan sebak membaca ni tadi taw.. :((

    Kue teaw tu memukau tekak ni hah! tengah malam BW mana taknya.. hadehhh

  5. Alfatihah buat arwah adik. Yang pergi tetap akan meninggalkan kenangan. Yang tinggal tetap akan mengenang yang telah tiada.
    Kuetiau tu nampak menyelerakan tapi tang bulu tu aku ada sedikit seriau hehe..

  6. Salam...
    Errr, jgn marah ye...setau kita 'kerang bulu' ni merujuk kepada bhgn sulit wanita...maaf, ini memang istilah yg selalu diguna pakai oleh lelaki...kalau boleh char kuetiau kerang dah ler, buang perkataan bulu tu...harap jgn marah dgn teguran ini...

Leave a Reply