Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKAN PARI BAKAR BERSANTAN


Isnin tiba lagi. Sudah lama saya tidak mengalami monday blues. Nampak tak? nampak? sungguh bermotivasi di situ poin yang saya nak habaq. Kuhkuhkuh. Tapi tanpa Nuhaa di sisi ada dua lagi 'anugerah' yang saya perlu hadapi karenah nak ke sekolah setiap pagi. Tapi yang dua orang ni bukan setakat monday, sampai ke Sundaypun tak habis-habis.


Hari ini Ariff lambat. Nabiha langsung tak ke sekolah. Baru 5-6 minit lepas dia bangun tidur sendiri sambil senyum-senyum yeahhh saya menang dan mama kalah lagi. Bila sesi 'konfrontasi' berlaku, dia akan kemukakan hujah-hujah yang buat saya rasa nak sumbat dia masuk dalam perut balik. 
Mujurlah Sang Arjuna kurang berperangai serupa. Kalau tak saya rasa nak majuk je lari balik ke rumah mak mertua. Kutip kelapa banyak-banyak, lepas tu habis terang-benderang kunyit, pandan, daum kesum, bunga kantan kena pow bawak balik ke Kajang. Baru hilang grrrr tu sikit.

Apa menu hari ni? Bolehlah bakar ikan, kalau suka. Tak suka tak apa. Banyak lagi makanan lain dalam dunia ni yang boleh dibelasah. Nasi lemak janda ada, ayam kampung Hassan ada, sup urat ketingpun boleh. Tapi kalau nak ikan bakar 'berjiwa' ni, kena tatap skrin kat sini dululah sebelum Bila Ita atau Nobit atau Noli atau Azo atau Amsatun ke Dapur untuk sediakan versi masing-masing pulek. 
Bahan-bahan:
2 keping ikan pari (anggaran 200g)
1/2 cawan santan pekat
*3 batang serai
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 Inci kunyit
1 senduk kecil cili kisar
Asam jawa
Sedikit gula nisan/melaka (tumbuk sikit untuk memudahkan hancur)
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - hiris halus
3-4 helai daun limau purut-hiris halus
2-3 tangkai daun selasih -hiris halus
Sedikit butter/marjerin
Cara-cara:
  • Bersihkan ikan pari dan rendam sebentar dengan cuka/air asam jawa.
  • Basuh dan toskan.
  • Kisar bahan bertanda * dengan santan. 
  • Masukkan cili kisar dan gaul rata. Masukkan asam jawa dan kacau sebentar.
  • Masukkan gula nisan dan perasakan dengan garam.
  • Campurkan daun-daun yang telah dihiris.
  • Lumur pada ikan dan letakkan sedikit butter/marjerin.
  • Balut dengan daun pisang kemas-kemas.
  • Bungkus dengan aluminium foil dan bakar dalam pan dengan api sederhana (tutup dengan tudung periuk). Jika menggunakan pemanggang yang berpenutup lebih baik. 

11 Responses to IKAN PARI BAKAR BERSANTAN

  1. Assalam kak Chah, hamboiii! kasi org jauh ni terliur tau tgk pari bakar akak ni..dah berthn terliur nak mkn ikan pari tapi kat sini tak ada jual la..sabar jer la...nak blk la tak tahan kecur tgk ni..ekekeke

  2. Sedap dan bikin gue terangkat ikan pari bakar tu..kalau adasambal belacan perah limau kasturi bertambah terangkat la..hehe..

Leave a Reply