Monday mood? Alhamdulillah dalam keadaan baik. Secara tak langsung mood yang bermunger-munger ni telah mengenepikan Monday Blues yang banyak bersarang dalam jiwa orang lain.
Antara sebab mood berada di puncak awan. Semalam saya ke KB lagi. Hushhushhush. Berjumpa Nuhaa yang 'comot' buat hati saya yang berkeromot terus jadi lapang. Masa mula melangkah keluar rumah, terasa ada batu berat juga menghempap dada. Bimbang dia tersasar dan gusar atau dirundung musibah dan masalah. Alhamdulillah, ada masalah 'kuman-kuman' saja.
Ditambah lagi bila dapat apa yang dihajati. Mengidam untuk belikan emak 'pemanggang ajaib' yang disebut-sebut emak telahpun tertunai. Satu untuk emak dan satu lagi untuk mertua. Hai sakanlah mereka memanggang lepas ni!
Sebenarnya maklumat emak yang tak berapa effective buatkan pencarian pemanggang ajaib itu hampir menemui jalan buntu. Tapi bila maklumat penuh berjaya dikumpul, maka berserendehlah hos Semanis Apam Jagung bersama Ostat Arjuna Lengan Cekak Penuh ni mengusung piuk belanga dari KB nun.
Udah ler tu ustajah. Mari kita makan pula. Suap cream puff tanpa custard filling macam biasa. Sumbat nutella menggantikan custard filling atau corn custard filling boleh beri feeling yang baik juga.
Bahan-bahan (saya telah bahagi dua resepi asal Kak Wan):
Sumber : Kak Wan
55g butter
125ml air
Secubit garam
1/2 sudu teh gula
75g tepung gandum
2 biji telur saiz B
Cara-cara:
- Didihkan air, butter, garam dan gula. Masukkan tepung dan kacau sebati.
- Perlahankan api. Kacau sehingga adunan membentuk bebola dan terdapat lapisan putih nipis di dasar periuk.
- Ketepikan adunan dan biarkan suam.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul rata hingga menjadi likat.
- Masukkan dalam piping bag dan pipekan ke atas dulang yang telah dilapik dengan parchment paper/kertas minyak.
- Spraykan dengan sedikit air pada permukaan cream puff.
- Panaskan oven kira-kira 5-7 minit lebih awal.
- Bakar pada suhu 180 dec C pada 7-10 minit yang pertama. Turunkan suhu kepada 160-170 dec C dan bakar hingga masak.
- Hidangkan bersama filling kegemaran.
alahai cantiknya creampuf ni apa lagi ada nutella dan strawberry waduh2 Chah ngancam giler ni buat akak pun jadi giler nak buat heee
Assalammualaikum Chah, kakpb belum berjaya lagi membuat puff, asyik tengok resipi org je, entah bila nak mengepuff..
simpel jer puffnya....:)
Saya punya next plan nak buat cream puff yang asyik tak menjadi je.....
Cantik dan menarik sekali
Salam Kak Chah..klakar la kak chah ni... ;)) mesti suka mak ngn mak mertua dapat pemanggang ajaib tu kan... ada lagi ke puff tu.??
Salam Chah. tentu MIL dan mak Chah senyum lebar dpt pemanggang ajaib....sesuai sgt buat panggang lauk bulan puasa nanti. crim puff tu...alahai tomeinya posing atas gelas....cun gambarnya...
Nampak sangat sedap dan nyaman la cream puff mu itew...
Salam. Bestnya cream puff. Sy buat dah 2 kali tapi still tak jdi puff. Hmm