Ini pula kuih orang Pahang. Glamer mencanak masa bulan puasa. Di luar bulan puasa, daku dilupa jangan. Selalunya bila tengok mak saya buat, mesti saya komen kenapa kelopaknya ada empat je. Sedangkan bunga lain semua kelopaknya lima. Emak malas melayan gamaknya, sudahnya sampai saya dah beranak tiga ni masalah tu belum dapat selesaikan lagi. Nak buat kelopaknya kena cucuk buat lubang pula ditengah-tengahnya. Ada sebab rupanya. Biar bahagian hijau kuih bertakung di dalamnya dan seimbanglah rasanya nanti. Bukan lubang sebarang lubang oqay! Heee.
Kuih orang lama-lama ni banyak betul bermain dengan tepung pulut, santan dan daun pandan. Sudahnya saya makin berlemak macam santan, lemah gemalai macam pulut. Nak buat kerjapun malas. Tak apalah, janji saya wangi macam
Bila saya teringat untuk membuatnya semalam, rasa macam terkial-kial pula nak membentuk kelopak bunga yang berlubang tu. Macam kelakarpun ada. Biasanya dok buat kuih lain yang main gentel boolat-boolat je. Bila ada design sikit,hah tau gelabah.
Sumber : Bonda Tercinta
Bahan-bahan:
Bahagian putih (bunganya)
1 1/4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Sedikit minyak untuk dioles pada daun pisang (saya gunakan minyak tanak-punyalah nak tradisional habis)
Cara-cara:
Bahagian putih (bunganya)
1 1/4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Sedikit minyak untuk dioles pada daun pisang (saya gunakan minyak tanak-punyalah nak tradisional habis)
Cara-cara:
- Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
- Picitkan setiap penjuru hingga membentuk kelopak. Buat empat penjuru.
- Buat lubang sedkit di tengah-tengahnya untuk menakung bahagian hijau nanti.
- Susun dalam loyang yang dilapik daun pisang. Sebaik-baiknya loyang yang agak leser kerana jika loyang yang terlalu dalam, bahagian hijaunya nanti akan terlebih banyak dan akan menenggelamkan bunga pula. * saya gunakan pinggan yang sederhana dalam.
- Pastikan daun pisang dioles dengan minyak terlebih dahulu. Ketepikan.
Bahagian Hijau
7-8 helai daun pandan (kisar dan airnya diperah dengan kelapa)
* Juga lebih sedap jika diperah dengan air kelapa. Cuma itulah, sambil belah kelapa, sambil berangan, dah airnya tak dan nak tadah. Haih.
* Juga lebih sedap jika diperah dengan air kelapa. Cuma itulah, sambil belah kelapa, sambil berangan, dah airnya tak dan nak tadah. Haih.
2 cawan santan pekat yang dicampur dengan jus pandan
5-6 sudu besar gula putih
5 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Cara-cara:
Cara-cara:
- Campur santan yang diperah dengan air daun pandan dengan semua bahan lain.
- Kisar halus.
- Tuang dalam loyang berisi bahagian putih tadi perlahan-lahan.
- Pastikan loyang dimasukkan terlebih dahulu ke dalam pengukus untuk mengelakkan bahagian hijaunya tumpah.
- Kukus hingga masak.
Saya kemukakan resepi ini kepada :
yang dihoskan oleh SSB (Small Small Baker)
akak pernah sekali makan kueh neh...tapi berjaman jaman dulu...ntah x igt makan dimana atau siapa yang membuatnya..mmg tradisional dan jarang tgk org buat neh
Mak qis, org phg ckp mmg tori la kuih ni... Sayapun buat sesaja nk mengimbau kuih2 lama..kebetulan small small baker ada tgh pool kan jenis2 kuih tradisi sepanjang oktober ni...
salam kenal chah.. org ganu ya.. tak pernah tengok lg kuih ni.. banyak kuih tradisional nampak kat sini..
k.nor suka tengok beke ubi bawah tu.. sedap makan panas2.. suami k.nor pun suka :)
masih guna kuali tembaga tu ya.. mmg best guna kuali tembaga, nak2 kalau utk kacau kuih2
assalam chah, 1st time tgk dan dgr nama kuih ni..teringin lak nak rasa..:)
Selamat malam Chah.
terima kasih sudi singgah kat dapur Rahel...jangan jemu2 ek..hehe...cantek kuih tu.
salam Chah..
wah.. bagus ni.. dpt belajar satu lagi kuih tradisi negeri Pahang.. walaupun dok di Pahang agak lama juga setelah berhijrah ke sana dari T'ganu.. tp tak pernah lg dengar nama kuih ni.. mesti sedap kan? tq for sharing ye..
Hello maate great blog