Satu saja cara anak-anak saya makan ikan. Melalui keropok lekor. Tetapi di sini manalah nak dapatkan keropok yang betul-betul boleh dipanggil keropok. Yang banyak ikan. Taknak lah yang tipu punya. Tambahan pula sekarang ini dah jadi komersial, langsung terabai rasa sebenar keropok lekor atau keropok gete ni. Dah lah tak sedap, bila digoreng, kembang sekuali. Lepas tu meletup habis melecur tangan dan muka.
Zaman saya kecik-kecik dulu, emak saya memang buat sendiri keropok lekor. Tiba hari rabu ada pekan sehari, dan biasanya di penghujung sesi penjual ikan akan melelong ikan. Mak saya akan beli ikan murah dan dibuatnya keropok lekor. Menikmatinya rasa seakan sedang makan di tepi pantai sambil tanam kaki dalam pasir dan kena gigit sikit-sikit dek ketam warna kelabu.
Bila saya tanya emak resipinya, mesti jawapan yang sama. End upnya saya kena fikir sendiri dan banyaknya main hentam sajalah ikut suka hati batu ni. Tadi beria saya sukat, konon-kononnya untuk rujukan akan datang. Tapi kalau dikurangkan lagi tepung lagi lembut dan lebih sedap.
Bahan-bahan:
700g isi ikan selayang/sardin (dari 10 ekor ikan)
Caranya: koyakkan kulit ikan bermula dari tepi mukanya sampai ke ekor. Lepas itu kikis isinya semaksimum habis. Hati-hati kot-kot ada tulang yang tersembunyi
1 ¼ cawan tepung ubi/sagu (mungkin kena kurangkan kepada satu cawan saja)
Garam dan serbuk perasa
Sedikit air
Cara-cara:
- Tumbuk isi ikan sehingga lumat.
- Gaulkan dengan garam dan perasa.
- Masukkan tepung dan uli hingga agak-agak adunan melekat je. Renjis sedikit air jika perlu.
- Gentel memanjang dan padat-padatkannya.
- Rebus kira-kira 10 minit dalam air rebusan yang telah mendidih. Keropok akan timbul bila telah masak, tetapi biarkan kira-kira 3 minit lagi selepas ianya timbul untuk memastikan bahagian dalamnya benar-benar masak. Sejukkan dan bolehlah terus dimakan atau digoreng terlebih dahulu. Oh, jangan lupa belah dulu tengahnya. Maklumlah ini eksperimen pertama, kalau meletup juga macam keropok Noba tu, ini mungkin percubaan yang pertama dah terakhir la gamaknya.
salam akak letak daun ape ye lam keropok2..daun kari ke?? hehee
Klu guna tepung beras blh x??tq
chah nak tyn nie..isi ikan tu kena rebus dulu ke atau ambik yg mentah?
Assalamualaikum WRT dan slam sejahtera Pn. Chah dan semua insan dikasihi. Jutaan terima kasih kerana banyak sekali share ilmu yang tak terkira dan tak ternilai ini pada kami semua. Semoga Pn. Chah sekeluarga semua dirahmati Allah SWT dan kita semua, dibukakan PINTU2 kebaikan, keselamatan, kesihatan, pintu Nikmat, kasih sayang sejati, pintu rezeki, rahmat, kekuatan, pintu ilmu, pintu taubat dan keampunan dan Pintu Syurga buat semua..Ameen Ya Rabbal 'Alamin. Terima kasih banyak2 puan, Allah SWT jadikan puan dipilih sebagai "Sebaik2 Manusia, Adalah Orang Yang Bermanafaat Kepada Orang Lain", Insya Allah..Love You- Sincerely From Me : MAMA SUZANA -K.Trg
assalamualaikum,
kak,boleh try rasa keropok lekor DI kedai kami.boleh rujuk blog: http://smalaydrus-ent.blogspot.tw/ insyaalaah kami masih menjaga rasa keaslianya dengan moto kami ASLI.SEDAP.KEPUASAN