Selesai bersantai-santai dua minggu tak lebih tak kurang, kini kembali ke kehidupan gi mari gi mari yang nampak seolah-olah sibuklah sangat seperti seorang CEO sebuah Yayasan. Padahal saya dok pi mai pi mai dengan gaya paling selebet sambil dok merayau Bangi-Kajang-Kajang-Bangi kadang-kadang tak ketahuan hala arah tujuanpun.
Nuhaapun dah kembali ke hostel. Mama yang muka tebal macam kulit kaki ni selamba hippo Gloria Madagascar je melolong-lolong berjurai-jurai air mata depan gate LCCT ngantor anak balik sensorang ke hostel. Ceh tak ada jiwa perwira langsung ini mama!
Soklan, sapa suruh anto jauh-jauh? Errrr.
Mood di dapur macam baru diasuh. Gigil-gigil je mood baru datang. Lupa asam jawa kat mana, ubi kentangpun dah tumbuh rimbun macam alam flora dan fauna kat dasar kabinet. Mujur garam dan kicap sifatnya berlawanan sungguh-sungguh hati, kalau idak, mahu kena bukak google image untuk bezakan mana garam mana kicap. * Tapikan, kalau dah agak-agak garam ngan kicappun tertukar, mohon-mohonlah sedekahkan saya bacaan Yaasiin banyak-banyak, boleh? Hukhuk.
Nasi goreng versi tahap kemalasan yang maha dahsyat tapi tengah lapar yang maha dahsyat. Balik berkelana anak beranak, rumah tinggal kosong tanpa makanan. Yang tinggal kat rumah, cuma TV dengan bil letrik yang belum bayar je, yang lain semua tak ada. Maka, kriung krianglah menggoreng nasi untuk alas perut kunun-kununnya sebab lepas ni terasa nak beli ayam 'musing' dua ekor nak ngap sensorang. Heks
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2-3 ulas cili api
2-3 sudu serunding ikan
sayur-sayuran sesuai (saya campakkan batang celery)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Pacu laju-laju masa menggoreng tu sebab kalau menggoreng dengan sangat berhemah itu akan terserlah ketidak machoaan kamoos. Heeeee
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2-3 ulas cili api
2-3 sudu serunding ikan
sayur-sayuran sesuai (saya campakkan batang celery)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Pacu laju-laju masa menggoreng tu sebab kalau menggoreng dengan sangat berhemah itu akan terserlah ketidak machoaan kamoos. Heeeee
kik3x... malas ke dapor yer...
salam...wahhh tak terfikir pulak nak masak dengan cara macam ni yaa, padahal serunding tu duk ada pun kat dapur tuu..huuhuu tq, tq
salam..wah sedap sgt nampak nasi goreng serunding ni..terliur la pulak...:)
huwaa.. rugi tak beli serunding ikan tadi kat restoren ZnI. Dah tergerak2 je tangan nak capai sudu.
sedapnya nampak nasi goreng tu,akak pun kadang2 serunding sampai membeku dlam frezer tak dak orang nak makan,kalau buat nasi goreng pasti cepat habis ni good idea lah..
pagi ni bekfes nasi goreng, goreng ikan bilis pastu tumbuk2 masukkan dlm nasi.. dh nk sama dh rupa ikan bilis goreng tumbuk2 tu dgn serunding ikan nih.. hihi.. duk sorang2 ke? meh laa sini, tun pun tiap2 hari duk sorang2 kt umah.. sedih sungguh..
Salam Chah.akk dtg bawa apam balik yg dipesan....spesel ni letak extra jagung dan kacang,harga bagi diskaun...hi..hi..
bagus idea campur serunding ikan dlm nasi goreng.cuma stok serunding ikan akk dah habis...kena pakai ikan bilis..
Tok jembal, heee.... Ini masakan org tgh maleh yg laparpo!
Bundo... Mana tu restoren zni tu? Maklomla lama dah x jln2 cari lemak tambahan .. :)
Kak gee. Tulla tu...masa maleh tu dtg...ya rabbi...teruk no!
Hanim , sedap dlm kelasnya twrsendiri...kwehkweh...
Kak noor, heee lepas ni xla membeku lg ye serunding tu...
Tun, siang ari mmg sensorang, bibik ngan hal dia, anak2 sekul...so tu asik lemau tu...nasik goreng ikan bilispun mmg terbaik!
Wahh...kak mamasya, berdesup sampainya apam balik tu...saya suka saya suka manyak2 jagung tuh....err, diskon tu up la lagi ekk
Wow memyelerakan. Kecur air liur. Ingat malam ni tak mahu jamah nasi.
Tersengih-sengih aje baca N3 ni.. heheee.. tak pe tak pe slow2.. yang penting dapur berasap... wahh sedap resipi nasi goreng ni boleh cubalah nanti.. tq yaa