Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NASI GORENG SERUNDING IKAN

Selesai bersantai-santai dua minggu tak lebih tak kurang, kini kembali ke kehidupan gi mari gi mari yang nampak seolah-olah sibuklah sangat  seperti seorang CEO sebuah Yayasan. Padahal saya dok pi mai pi mai dengan gaya paling selebet sambil dok merayau Bangi-Kajang-Kajang-Bangi kadang-kadang tak ketahuan hala arah tujuanpun. 

Nuhaapun dah kembali ke hostel. Mama yang muka tebal macam kulit kaki ni selamba hippo Gloria Madagascar je melolong-lolong berjurai-jurai air mata depan gate LCCT ngantor anak balik sensorang ke hostel. Ceh tak ada jiwa perwira langsung ini mama!

Soklan, sapa suruh anto jauh-jauh?  Errrr.
Mood di dapur macam baru diasuh. Gigil-gigil je mood baru datang. Lupa asam jawa kat mana, ubi kentangpun dah tumbuh rimbun macam alam flora dan fauna kat dasar kabinet. Mujur garam dan kicap sifatnya berlawanan sungguh-sungguh hati, kalau idak, mahu kena bukak google image untuk bezakan mana garam mana kicap. * Tapikan, kalau dah agak-agak garam ngan kicappun tertukar, mohon-mohonlah sedekahkan saya bacaan Yaasiin banyak-banyak, boleh? Hukhuk.

Nasi goreng versi tahap kemalasan yang maha dahsyat  tapi tengah lapar yang maha dahsyat. Balik berkelana anak beranak, rumah tinggal kosong tanpa makanan. Yang tinggal kat rumah, cuma TV dengan bil letrik yang belum bayar je, yang lain semua tak ada. Maka, kriung krianglah menggoreng nasi untuk alas perut kunun-kununnya sebab lepas ni terasa nak beli ayam 'musing' dua ekor nak ngap sensorang. Heks


Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2-3 ulas cili api
2-3 sudu serunding ikan
sayur-sayuran sesuai (saya campakkan batang celery)
1 biji telur
Garam secukup rasa


Cara-cara:
Pacu laju-laju masa menggoreng tu sebab kalau menggoreng dengan sangat berhemah itu akan terserlah ketidak machoaan kamoos. Heeeee



16 Responses to NASI GORENG SERUNDING IKAN

  1. sedapnya nampak nasi goreng tu,akak pun kadang2 serunding sampai membeku dlam frezer tak dak orang nak makan,kalau buat nasi goreng pasti cepat habis ni good idea lah..

  2. pagi ni bekfes nasi goreng, goreng ikan bilis pastu tumbuk2 masukkan dlm nasi.. dh nk sama dh rupa ikan bilis goreng tumbuk2 tu dgn serunding ikan nih.. hihi.. duk sorang2 ke? meh laa sini, tun pun tiap2 hari duk sorang2 kt umah.. sedih sungguh..

  3. Salam Chah.akk dtg bawa apam balik yg dipesan....spesel ni letak extra jagung dan kacang,harga bagi diskaun...hi..hi..
    bagus idea campur serunding ikan dlm nasi goreng.cuma stok serunding ikan akk dah habis...kena pakai ikan bilis..

  4. Tun, siang ari mmg sensorang, bibik ngan hal dia, anak2 sekul...so tu asik lemau tu...nasik goreng ikan bilispun mmg terbaik!

  5. Wahh...kak mamasya, berdesup sampainya apam balik tu...saya suka saya suka manyak2 jagung tuh....err, diskon tu up la lagi ekk

Leave a Reply