Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RASPBERRY MILK PUDDING

Hati tengah penasaran nih. Buat kek tak jadi. Hampeh!

Dah lama saya berkobar-kobar nak tahu  guane lah  rasa kek avocado yang cantik melentik kat blog Wendy. Resepi tu diciptarasa oleh Wendy sendiri. 
Cerita belakang tabir. 

Nasiblah masa tu Kak Aguilera (pulek dah!) boleh disabarkan lagi. Tapi semalam, semasa sesi mariappa aka merayap tak ketahuan arah tuju tiba-tiba kereta akak berenti di Jalan TAR atau dalam bahasa GPSnya di latitude dan longitute 25.983066, -80.865471. Erk, jangan ikut, nanti terpedaya!

p/s Kak Aguilera jengah juga gerai Brader Kebab, tak adalah pulak. Pelik jugalah sebab keadaan gerai dia macam dah tak lama tak meniaga. Hurm, terkesan dengan kata-kata 'nesta'  ai  dulukah?
Diringkaskan kisah, saya belilah avocado yang mana kerja-kerja membeli buah ini hanya dilakukan paling kerap 2,3 kali sahaja setahun. Jadi bukanlah reti sangat nak memilihnya. 

Semangat mencanak buat kek avocado berterusan hingga sampai ke rumah- tak nyempat nak tutup enjin kereta dah putar butter kau! *Pelawok!pelawok!.

Bila sampai part nak korek buat avocado macam Giada@Home buat tu, er..tak keluar isinya. Keras kedengkungkangkongkingkeng. Ha cukuplah saun efek betapa kerasnya buah tu.  Last-last saya kupas kulitnya. :*

Avocado yg keras dan  tersangat pahit! Bila diblend pun teksturnya tidak gebu dan menjadi berbutir-butir gitu. Grrr
Dipendekkan cerita lagi tapi nasib dipanjangkan akal, Kak Aguilera gantikanlah avocado tu dengan keledek ungu eh pepel. Huk huk.

Tapi tekstur kek sedikit keras. Rasanya kekal ala-ala kek dan bukanlah jadi masak lemak sardin. Yang Kak Aguilera tak tahannya, Sang Arjuna makan sampai 3 butir! Err...garu uban ai. Selebihnya, taulah kan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke Pak Guard. Hui!

Sila jamu dessert yang terlampau ni buat pengubat stress. Heee tetiba. Mana datangnya ni? 


Bahan-bahan (untuk raspberrry pudding):
7-8 biji buah raspberrry
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar perahan lemon
300ml  air
2g serbuk agar-agar


Cara-cara:
  • Kisar buah raspberry hingga hancur. Tapiskan. 
  • Campurkan dengan gula. 
  • Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan perahan lemon. Sejukkan dalam bekas kecil-kecil.
Bahan-bahan (untuk milk pudding)
400ml susu
100ml air
4g serbuk agar-agar
1/4 cawan susu pekat
Gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan masak hingga larut. Tuang ke dalam acuan yang telah diisi dengan raspberry pudding yang telah disediakan sebelum ini.
  • Sejukkan.

10 Responses to RASPBERRY MILK PUDDING

  1. ish... ish.... abokado, rasberi.. buat la buah tempatan lak.. nangka ada, cempedak ada.. langsat ke duku ke.. ni yg biru mata gak dicari tu ya.. heheheheh... chah.. puding satu! :)

    gelak betul baca *Pelawok!pelawok!.
    ganu piorrrrrr :)

  2. Salam Kak..nampak gayanya cerita ceriti di belakang lebih menarik jika dijadikan filem berbanding filem yang sedang ditayangkan...

    Agak-agak kalau avocado hok kerah kekkong tu, buat pekong didding buleh tembuh dok didding tu...?

  3. ha hahaa cha..gelak besar dgor citer tue..part yg paling best..x tutp enjin keta dh putar batter..hikk2..x per lain kali leh try lg..pasti jadik..puding tu penawar duka la yer..ttp cuit..lalu kt tekat sedappp jew..:)

  4. salam chah...hihi gelak lah dulu...tak pe next time buatlah..pilih avocado yg dah sedikit hitam kulitnya dan bila di tekan rasa lembik2 manja gituw..buah avocado ni adalah salah satu buah kegemaran mokwo..buah milkshake...waduh lemak2 pun shaking sama..tapi at least avocado tak hangin mcm nnangke...i like!

  5. datin... ai tak pandai makang avocado tu.. dulu2 rummate guna avocado wat spread kat roti ganti butter. xpernah makan rasberry jugak. sedih x? sedih x? sila sedih.. dh kesian tu, apa kata bagi puding rasberry ni semangkuk kat ai.

  6. heehee...lawok mu ni chah.aku xkisah ko masak apa pun boleh katakan ari2 aku jeguk dapur ko ni...xdpt rasa nengok gamba pun kira orait gak...(^_^)

  7. Chah, tadi mcm tertengok entry donut pepel...aleh2 tukar puding lak masuk sini...aisseeyy...buah2 tu yg x tahan tgk tuh...kat Ktn ni x pernah dpt rasberyy..asal pergi tanya jer, baru habis kak, asal pergi tanya jerk..belum sampai kak...mnyampasss tul! Abis tu kek yg x jadi tu, xleh makan langsung ke Chah...? ^__^

Leave a Reply