Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CRÈME BRULEE IN STRAWBERRY SAUCE

Ouch, dalam 'keterpaksaan' (lah sangat!)  saya buat lagi dessert ni. Jadi hati saya tak bolehlah marahkan badan saya bila timbul rasa aku dah gemuk atau aku dah muncit. Toksah lah nak jadi bangau oh bangau heh salahkan orang tu salahkan orang ni bila diri kamoo dah melepasi tajuk 'seorang wanita yang selim seperti zaman remajanya yang yang gilang-gemilang'. Pffftt! 

Kiranya dalam 3 minggu 2 kali saya buat dessert ke arah memartabatkan tekak dengan kenyamanan yang abadi. Ha gitu orang buat slogan. Ini asyik-asyik ke arah memartabat dan memperkasakan kutipan tol. Cait!
Eleh, yu ingat bila buat-buat bagi free kat Plaza Tol Bt 11  buat ai terguda? Hmmmm...


Tapi macam mana lajunya kereta lalui kat tol yang dah tak ada tol tu, macam tulah lajunya menda alah ni menerjah ke tekak. Hehehe.


Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
Sumber: Buku Food Lovers : Dessert
200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur  (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Cara-cara:

  • Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.
  • Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. 
  • Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati.Tapiskan.
  • Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
  • Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
  • Bakar kira-kira 15-20 minit.
  • Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
Bahan-bahan untuk strawberry sauce:
7-8 biji buah strawberry
Sedikit air
5 sudu besar gula
Perahan jus lemon
Cara-cara:
  • Kisar strawberry dengan air. Tapiskan.
  • Masukkan gula dan masak dengan api perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan perahan lemon. Sejukkan sebelum dihidangkan bersama creme brulee.
Untuk versi creme brulee yang tak kurang 'bebas tol'nya juga, boleh jengah kat SINI

10 Responses to CRÈME BRULEE IN STRAWBERRY SAUCE

  1. kak chah ^^ tun teringin beno nk wat creme brulee nih. tiap2 kali gi kedai mesti duk cari torch tu, susah betol nk jumpa. godek2 kat amazon.. mak aiii.. mahalnyer... xkan nk gadai gelang emas i ni sbb nk beli torch. semata-mata je kan..

Leave a Reply