Tahun 2006/2007 merupakan tahun yang sungguh mengujakan dalam kerjaya saya. Saya ditugaskan dalam bidang yang 100% berbeza dari kelulusan dan juga pengalaman saya sebelum-sebelumnya. Keselamatan dan kebersihan makanan. Hurm ada perkataan makanan, memanglah I like like like.
Berkenalan dengan orang-orang hebat dalam industri makanan, bermula dari pegerai sampailah ke jawatan-jawatan tertinggi di hotel-hotel terkemuka. Best betul bila asyik dapat makan free kat hotel dan kita dilayan bagai VVIP. Yang kurang best bila kena menyelami hamis hanyir hingga ke susur longkang gerai dan juga kedai makan. Tapi mak ok jer!
Salah seorang dalam 'kenalan' saya tu adalah Chef Phakdi. Anak jati Golok yang pekat betul skiping Kelantan walaupun merata restoran terkemuka dunia dia telah menabur bakti . Dia tidak terkenal di Malaysia. Tetapi dia telah membina empayar dan jenamanya sendiri di merata dunia. Bila tengok resume dia, wow! Bukan calang-calang orang dan terlalu kerdil pula rasanya saya bila ditugaskan untuk menilai dia.
Banyak yang dia kongsikan. Salah satunya resepi tomyam ini. Ini yang paling ringkas dari dia. Yang penting banyak tips yang berguna. Contohnya, jika buat tomyam, seafood kurang menyengat jika digandingkan dengan binatang darat. Sotong pula sebenarnya tidak ngam bila disatukan dengan udang. Banyak lagi. Banyak juga yang dah dibawa angin lalu. Mokcik lupa! Sowi...
Tomyam ni memang menyengat. Kena hirup perlahan-lahan. Jika tidak boleh tersedak dibuatnya. Mulalah tuduh orang tu, orang ni sebut-sebut nama kita. Padahal gelojoh tak hengat.
Bahan-bahan:
Sumber : Chef Phakdi
Saiz hidangan: 1-2 orang
2 ekor sotong bersaiz besar
Cili api
2 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 inci lengkuas
Daun limau purut
1-2 batang daun kesum
Asam keping
1 cawan santan
1/2 cawan hirisan kelapa muda (yang ala-ala berhingus tu)
Daun ketumbar
1 biji tomato
2 sudu besar pes tomato
Garam dan perasa
Pes tomyam
*Cara Chef Phakdi : masak hingga pekat stok kepala udang, cili kering dan serai yang dikisar halus
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan hingga garing. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut.
- Masukkan sedikit air dan pes tomyam.
- Seterusnya masukkan santan, sos tomato, cili api dan asam keping.
- Masukkan pula sotong, isi kelapa dan tomato. Koyak-koyakkan daun ketumbar dan daun kesum dan masukkan sekali.
- Seimbangkan rasa masam masin pedasnya. Perahkan asam limau semasa menghidang untuk lebih rasa masam.
*Tomyam yang kaw adalah bila kita hirup sekali semua rasa akan menerjah tekak. Masam, masin, pedas dan sedikit manis. Sila sediakan tisu banyak-banyak sebab nanti ari hidungpun boleh menitis dalam mangkuk. Mulalah pelik kenapalah tak habis-habis tomyam dalam mangkuk tu.Kehkeh.
Sedapppppnyer Kak Cahhhhhh!!!!!!!!!!!Gulppppppp......
hahah..ni kalo aku dtg awok kena buat ni...(mama waldan + wafiy)
alamak terkejut makcik lihat nama Chah ni..anak makcik pun nama Chah jugak hehe.Guano chef pakdhi kecek kelate pekat ko:)
Cm suka lihat gambar tomyam dalam tempurung ni sungguh kreatif sekali.Selamat berkenalan Chah:)