Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PANDAN LAYER CAKE

3,4 tahun yang lepas saya bukannya  mengerti benar dengan kerja-kerja membelog ini. Memang janggal. Sampailah satu ketika pembantu saya, Fida ajar  untuk berblogging. Barulah mengerti sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dengan kerja-kerja blog walking, hop hop horray sana-sini dan U jump I jump ke blog-blog lain.

Ada sedikit elemen angry bird pada awal percubaan  membuat kek ini. Bukanlah marah macam marahkan  b*bi yang suka mencuri telur. Cuma ada sedikit terkilan. Kek ini memang selalu membuat saya terliur. Sepotong dua yang dibeli manalah  cukup dengan selera naga milik saya  ini. Tup-tup saya tahu ada seorang ‘rakan’ yang pandai membuatnya. Tetapi sedikit tahi hidung masinlah pula. Bila saya yang bermuka tebal macam kulit kaki minta resipi, macam-macam alasan yang dia beri. Jadi kena faham-faham sendirilah Cik Puan Chah oi!
Tapi kan mokcik dah pandai berblog-blog bagai ni kan, apa lagi. Cara ajelah sendiri. Antara resipi terawal saya cuba ialah dari Yatie. Ada beberapa blog lain, of course dari  Cik Mat Gebu juga ada. Juga dalam versi English. Tetapi bila saya rasa senang hati lalalala guna resipi Yatie, terus salin dalam buku dan sandarkan pada kenangan. Orang memberi kita merasa. Tenkiu lebiu Yatie. Hehe.
Adik di Puncak Alam pula kepingin nak makan kek ini. Uji saya dengan soalan, “awak pandai tak buat kek ini? Ohhh…jawapan saya mestilah jawapan yang tidak  akan memalukan kaum hawa.




Kali pertama  buat rasa macam terbanyak sangat keknya. Tinggi menggunung dan sedikit terumbang-ambing  semasa proses untuk assemble dengan kastard. Kek lagi tinggi dari spring form.  Dah lah  terhegeh-hegeh menyapu kastard. Berketul-ketul. Nasib ada kelapa kering penyelamat nusa dan bangsa. Tercoverlah sikit rupa kastard yang macam lahar gunung berapi tu.  Tapi kek habis juga.  Sebab rasanya memang lagi lemak merdu  dan menggoncang kalbu dari yang dibeli.
Sekarang dah langsi. Tidaklah bersememeh sangat dan dah molek sikit kerja-kerja menatariasnya. Lepas saya habis menaip ni, saya nak ke rumah ‘rakan’ tahi hidung masin tadi. Nak hantarlah barang sepotong dua. Amekaw!
Jadi dalam versi saya, saya kurangkan bahan untuk disesuaikan dengan loyang kek 18cm  dan springform bersaiz 20cm.

Bahan-bahan Kek:
Sumber: Yatie
5 biji telur (saya gunakan 3 biji)
150 g gula halus (saya gunakan 90g)
2 sudu besar ovellet (saya gunakan 1 sudu besar)
150g tepung naik sendiri (saya gunakan 90g)
80ml Minyak jagung (saya gunakan 50ml)
80ml susu (saya gunakan 50ml)
Pes pandan
Secubit garam halus



Cara-cara (kek):
  • Pukul telur dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan ovellet dan pukul lagi hingga adunan menjadi gebu dan ringan seperti belon udara panas.
  • Masukkan minyak jagung dan putar perlahan-lahan.
  • Tuang campuran santan/ susu dan pes pandan dan pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Putar hingga rata.
  • Lapik loyang dengan kertas minyak atau baking paper. Saya prefer gunakan baking paper, sebab lepas guna boleh basuh dan guna berkali-kali sampai lunyai. Tahi hidung masin!
  • Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 35-45 minit.



Bahan-bahan (kastard)
*saya olah sedikit dari resipi asal Yatie
1200ml campuran santan yang diperah dengan air daun pandan atau susu cair yang dicampur dengan pes pandan
1 cawan gula
100g tepung hoen kwee
7g agar-agar serbuk
Esen vanilla
Secubit garam

*Adunan ini memang akan berlebih jika dibandingkan dengan saiz kek,  tapi saya kekalkan jumlahnya  sebab sedap dan boleh makan macam tu saja


Cara-cara (kastard):
  • Campurkan semua bahan dan kacau hingga tepung dan agar-agar hancur.
  • Masak dengan api perlahan. Kacau adunan untuk mengelakkan adunan hangit di bahagian bawah. (jika non stick pan tak adalah masalah hangit ni) Masa proses ini sila abaikan dulu sebarang mms gambar kek pisang dari kawan pejabat. Masak hingga pekat dan naik wap.
Cara melapis kek:
  • Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. Of course 3 bahagian akan menjadikan kek lebih mewah dengan lapisan kastard.
  • Letak sekeping kek dalam spring form. Tuang kastard semasa masih panas-panas hingga menutupi lapisan kek yang pertama. Kena buat dengan cepat kerana kastard akan cepat membeku. Juga sila abaikan dulu sms kawan yang bertanya bila boleh buat kelas RVC.
  • Ulang hingga selesai dan semua bahagian dilitupi dengan kastard.
  • Hiaslah tanpa wujud perasaan marah bagai si burung merah yang kehilangan telur.  Sejukkan dan hidangkan dingin. Wah buku resep Indon lagi!.


11 Responses to PANDAN LAYER CAKE

  1. hehehe.. lawak la membaca entry ni.. saya pun baru buat kek lapis ujung minggu baru ni. tapi jauhhh la sangat kalau nak dibandingkan dengna kek mengancam di sini... yang ni cun mcm anak dara bersedia menerima pinangan gitu. hahaha. cantik2.. nanti leh try resepi ni pula. hari tu try resepi yg kat myr

  2. weii..ni kek pe-be-ret aku..nanti nak cuba yg hang punya la...ada dah wesepi tapi mcm hang jugak la..kudandarkan pada kenangan jugak LOL. bravooo..ma-be-les..muahhh!

  3. Hahahahahaha.. gelak besar saya Kak Chah.... Nama blog pun saya dah senyum senyum.... Bila Chah Ke Dapur je wahhhhhh..... shedapp..... Tq kak Chah.. resepi pada akak ni paling mudah paham....

  4. konpem sedap...2x saya order dari bilachahkedapur utk rai staff resign...1x utk besday boy...bila lagik le staff saya nak resign..bole makan kek free. Nak cuba buat takut sebab memerlukan ketangkasan

  5. hahaha..tgh singgah dari dapur duniaku nak try wat kek lapis pandan. pastu g kat blog sifu dia dulu..wah ada nama sy lah..betul kak chah..mesti saya cuba. lol- mona

Leave a Reply