Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEE REBUS CHEF WAN@AFC


Tekak naga saya memandai-mandai meletakkan bench mark yang  tinggi untuk mee rebus.   Entah kenapa.  Dah naga, nak buat macam mana.  Jika lokasi terkini saya di Johor, memang tak ada masalahlah untuk mencari mee rebus yang sedap.  Macam mencari nasi dagang  yang lazat di Terengganu atau Asam Pedas Ikan Patin di Pahang. Mungkin yang paling tak sedap di sana tapi bila tiba ke Lembah Kelang ni, terus menjadi kegilaan.


Saya rasa mee rebus di Kedai Linda Onn, biasa-biasa saja.  Adalah beberapa kedai underdog di Bangi dan Kajang ni, bolehlah tahan. Yang saya tak tahan, mee rebus ex office mate. Mee Mak Mas. Hiks. Sedap siot mee rebus dia. Masaklah sekuali, sekawah, rasanya tetap sedap. Apa yang dia letak  sampai saya jadi angaupun tak tahu.
Banyak juga resepi di internet saya cuba, tapi sesetengah resepi ada yang  letak kacang tanah, tak letak udang kering. Ada tauchu tak ada rempah kari. Begitu sebaliknya.  Bila menonton Chef Wan masak mee ini di AFC, macam-macam dia letak. Mokcikpun meraban-raban cari pen, terus salin. Sebab sebelum ni, jika baca buku Chef Wan, resepi mee rebus dia tak sama dengan yang disiar di AFC.  Ngelat betul!
hurmmmm...

Bahan-bahan Mee dan Aksesori:
Sumber : Chef Wan @ AFC
Saiz hidangan: 3-4 orang

1 bungkus mee kuning (celur, basuh dan toskan)
2 keping tauhu- goreng dan hiris nipis
Taugeh- dicelur
Daun sup
Telur rebus
Cili besar- dihiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi/limau nipis
harghhhhh......

Bahan-bahan kuah:
2 mangkuk kecil  daging
1 kg tulang
10-12 ekor udang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3-4 sudu besar  cili kisar
2 sudu besar rempah kari
2  biji ubi kentang  sederhana besar – rebus dan dikisar
1 batang carrot – rebus dan dikisar
1 biji ubi keledek – rebus dan dikisar
Segenggam kacang tanah – sangan  dan ditumbuk/dikisar
2 sudu besar tauchu - kisar
1 ½  sudu besar udang kering
Garam
Gula Melaka
Bawang goreng
Minyak
Air
 Phewww!!! 

Cara-cara:
  • Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumis bersama cili kisar.
  • Bila sudah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Biarkan garing dan naik minyak.
  • Masukkan tulang, daging dan air. Renehkan.
  • Masukkan tauchu dan kacang tanah. Juga gula Melaka.
  • Peserta seterusnya adalah kentang, keledek dan carrot. 
  • Masukkan udang dan biarkan seketika. Seimbangkan rasa sedap dan lazat.  Kalau tak sedap, memang aku insan yang lemah hanya mampu berserah. Kuikui. Biar sekata.  
  • Akhir sekali, masukkan bawang goreng, kacau sebentar dan tutup api.
mula...
tamat..

11 Responses to MEE REBUS CHEF WAN@AFC

  1. cukup pekat cukup warne..n kalau cukup rasa..fuhh memang sedap la mee rebus ni. saya pakai perencah buat mee rebus..aduhaii sedap. nak try mee rebus chef wan ni lak. tq tq

  2. sungguh menyelerakan!! E-na pun pernah menyalin resepi rendang pedas ayam chef wan...mcm chah la kelam kabut amik kertas n pen sbb tgk live kt tv...hasilya sampai skrg dok guna resepi tu klu k wat rendang ayam sbb sedaaap!!!

    ni harus cuba resepi mee rebus yg sedap!!

    satu lg, E-na begitu tergoda dgn gmbr chah ni...sungguh sharp n cantik sgt...lens apa ye...

  3. E- na, sila cuba ye...
    Saya gunakan kamera canon. 450d, lens yg besa guna utk tangkap gambar food ni canon ef 50mm, yg ketot tu...

  4. Nampak sedap & lazat sanga....Insyallah nanti boleh cuba resepi ni...Untuk dapatkan tips tentang kesihatan,kecantikan,kesuburan dan suplement terbaik jemput baca blog saya di http://umiwarham.blogspot.com/

Leave a Reply