Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KARIPAP CINTA


Ohhh tolonglah, kalau diberi pilihan nak kena buat karipap ataupun denda sehari tak boleh tengok makanan, saya lebih rela tak dapat menatap rupa paras makanan. Tapi itulah, yang kita tak mahu  itulah menjadi permintaan tertinggi dalam carta  kuih melayu mingguan. 

Jarang Sang Arjuna saya aturkan apa menu yang dia nak makan.  Tapi bila  dia menelefon  semata-mata nak cakap I love U dan I love your karipap sambil hint saya dia nak   bawa bekal  untuk keesokkan harinya. Aduhhh…karipap lagi.
Dari kecik sampai ke tua bangka, inilah kuih yang paling arghhhhh!! nak membuatnya.   Bercinta sungguh nak mengelimnya sebab hasilnya di tangan saya memang herot-berot-petot-serabai-seringai  * Atikah, apa gelak-gelak?

Bahan-bahan Puff:
½ kg tepung gandum
3-4 sudu besar marjerin/butter
Garam
1 ¼ cawan air (anggaran)


Cara-cara (Puff):
·  Gaulkan tepung dengan marjerin/butter hingga agak berderai.
·  Masukkan air garam dan air sedkit demi sedikit.
·  Uli hingga menjadi doh yang lembut. (jangan masukkan air sekaligus- adjust mengikut keperluan saja). Jika menggunakan mesin pengadun, langkahnya sama juga.

Bahan-bahan inti:
3 biji ubi kentang sederhana besar
1 tin sardin (saya guna cap ayam-Mackerel yang bersaiz 230g)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
Garam dan gula secukupnya
Daun sup
Daun kari
Minyak

Cara-cara (Inti):
·  Potong ubi kentang dan bawang besar secara dadu. Basuh dan toskan.
· Tumbuk bawang putih dan bawang merah.Tumiskan bersama cili kisar. Masak hingga garing.
·  Seterusnya  masukkan pula rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air. Juga daun kari. 
·  Masukkan ubi kentang dan ikan sardin yang telah dihancur-hancurkan terlebih dahulu. Sos sardin-dibuang jangan.
·  Masukkan air dan masak hingga kentang agak empuk. Masukkan pula bawang besar, perasakan dengan garam dan gula.  Bila kentang sudah empuk, dan rasanya sudah menambat jiwa, masukkan daun sup dan tutup api.
Seterusnya canaikan puff, jika gunakan acuan karipap, silakan.  Jika tidak, canaikan mengikut saiz yang dikehendaki.  Masukkan inti secukup dan seadanya. Hurmm! Part yang saya paling ‘suka’. Kemaskan setiap penjuru karipap dan kelimlah mengikut paten yang digemari. Saya memang suka paten yang senget-benget, herot-petot. Saya tak suka langsung design kelim yang cantik, kemas, tersusun,rapi, neat, lawa-lawa tu. Hukhuk.





4 Responses to KARIPAP CINTA

  1. Gelak ngekek saya baca entry ni. Kiki.. Eh napa dimata saya ia sangat comel. Mana herot2 nyer. Adakah telah disorok sbalik mangkuk ijo yang cun n seksi dan agak benapsu itu. Haha.. Gambo lawooo i likee

  2. Izah, kena gi tambah power spek tu...mmg dasar tgn mokcik niha... Yg dlm mangkuk benapsu tu je ler yg plg cunggg...yg lain....hancusss

    Bundo, realitynya xpun....huhu...ibarat kalu dikira dr siijil akademiknya, karipap saya tu upsrpun blm pass lg...

    Ca, tulerr pasai...:(

Leave a Reply