Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEK LUMUT 2

Semenjak oben saya diserang demam kura, kejap sejuk kejap berasap-asap  yang bisa membuatkan saya berlari keliling dapur kerna cuak seterusnya menjadikan semangat untuk berlintas langsung dari depan oven menjadi agak sugul di situ. Cuma yang membuatkan saya meneruskan hidup dengan fikiran  positif diiringi lagu jika kau fikirkan kau boleh bila semangat makan tidak reda dan berjaya membiak  macam anak itik tokwi mandi dalam kolam.
Pembaca yang dirahmati sekalian, untuk pengetahuan anda semua, berbekalkan kejayaan  saya yang cuma membolosi pose lima je walhal lima dengan enam tu bukannya susah sangat nak capai. Jadi saya raikan raya lima saya dengan kek yang mungkin menjadi kegemaran Deja Moss juga. Kate Moss? Mungkin malu nak mengaku sukakan kek ni sebab retis barat ni agak sengal juga perangainya. Manalah tahu tetiba dia risaukan jumlah moss yang banyak masuk ke perut mereka menjadikan nama mereka makin berlumut atau dalam bahasa english edukesyennya mosses. Mongokss!
Kebanyakan kek yang saya suka warnanya dull dan suram-suram belaka. Macam kek ni. Juga kek cekelat. Tiada warna-warna pelangi indah mengiringi, tapi rasa dia ai tell yu! Herghh! 

Rasa kek yang sempurna, tekstur yang lembut dan lembab, seimbang lemak manisnya membuatkan saya rasa nak hantar sejambak lumut kepada orang yang memperkenalkan resepi ini. Terima kasih Dayang Jack dan juga Kak Yatie. First time saya buat kek ini teksturnya menjadi separa lembab mungkin disebabkan otak saya  yang separa lembab juga pada masa itu.
Tapi kali ini, wah lawa betul! Kikiki. Dan kalaulah Putera William & Dutches Catherine masih ada cuti dan plan nak datang untuk santapan diraja di  rumah saya esok, saya berlapang dada akan hidangkan kek ini. Muehmuehmueh.
Bahan-bahan:
250g butter
3/4 cawan gula halus (saya cuma masukkan 1/2 cawan)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
2-3 titis pewarna hijau (saya gunakan pewarna hijau Moss Green)
Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
  • Masukkan esen vanilla dan seri kaya. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna hijau.
  • Selang-selikan tepung dan horlicks dan pukul perlahan hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit butter/marjerin/minyak.
  • Kukus kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam.

22 Responses to KEK LUMUT 2

  1. lumut mana pulak kau dah kutip ni chah kekehkeh..
    err.. tak payahlah susah-susah nunggu wiliam dengan keterin datang menyantap. Bundo ni kan ado. Anytime buleh terobang bagai kilat masuk dapo ekau. Lapang lapangkanlah dada menjemput bundo santap chah oi..

  2. ingat kemanalah ekau chah... tiba2 je berderet kuar entry2 mantap.. tp now akak pulak yg menyepi kejap update.. hehehe.. bak kata chah.. amek kau mak2 yang baru pertama kali hadapi anak2 yg exam.. kikikiii...

  3. lumut pun lumutlah... yang penting orang kita tak tolak lumut... william & kate tu pong tak yah diingat kalau bab lumut melumut ni...bagi kat saya ajelah yea...

  4. memang mae-be-les..nalle rekek. aku lama dah pendam sebuah duka nak buat kek ni...x kesampaian lagi..apa kata sempena meraikan aku berjaya menamatkan posa nam..hang ulur skit kat aku kek tu...raya..kan...

  5. Puan Doc,

    ada lagi la 4 ketui ni ha...ingat nak simpan kat si william ngan mini dia...tkpalah akak mkn jela...ai dh tawar ati dh tunggu diorang tu..

    Mak Wardah,

    tq, memang kek ni sedap! sila cuba...

    CA,
    tukaq kek ngan bibik? aci?

    ibh-sue,

    apa ada pada nama...cm ai ni walopun nama tk seneloofa mana, tapi cer tengok dari dekat tapi jauh...herghhhh....:P

    Cik Anon,

    tenggss sbb sudi baca blog 'lawa', ai ni....hekhek..

  6. Amie,

    sedap kan kek ni...mmg saya dah tak tunggu pun diorang..kata nk dtg...

    Azian,

    tengss... :) credit to penyumbang recipe ni...

    Marsita,

    hehe...lama tk tengok lumut live...tu yg warna x sama tu...tapi rasa...humpppp...

    Tina,

    sebab kek ni sedap tu yg kita terserashi bersyama buat kek yg sama tu agaknya...:)

    hazila,

    yum..yummm..

    Bundo...meh santap ngan anaknda ni bundo..sila..sila... ;p

  7. salam...sungguh rakyat malaysia mewah makanan a.k.a kuat makan...dari ikan kayu, belimbing besi, jambu batu, kek lumut...tu belum lagi makan tahap kayangan, kek pelangi...ekekeh

  8. Dualit toasters continue to be viewed as "design classics", this is because ones own common appearance also circular construction,
    all vintage stability, and ease-of-use of a surgery.

    All toasters are located in the countless variety of cellular lining.

    After we feel that your meals are done in an hour's period in common tandoor matched against Quarter-hour within stove, rrt is possible to basically noticed that the a source of electricity did charge their microwave oven was less.

    My web blog; breville toaster ovens on sale []

Leave a Reply