Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PISANG GORENG KAKAK KANTIN


Dulu saya adalah gadis si penjual pisang goreng. Bila tiba cuti semester, saya akan bantu emak kat kantin dengan jawatan kakak kantin. Tanpa elaun rumah, elaun mekap atau elaun orang gaji. Uh EPF pun tak potong! *Nasib baik emak sendiri, takkan nak saman dia pulak sebab majikan tak buat caruman EPF. So masa tu, muka serta seluruh persalinan akan berbau asap kerana sepagian akan membuat kerja-kerja menggoreng serta analisis terhadap hasil gorengan tersebut; dengan kata lain sambil goreng sambil suap. Eh analisis. 

Bila cuti sabtu ahad, menyenget pulek pinggang mengusung bahan-bahan jualan ke (lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan-heh?!) untuk jualan perdana pisang goreng jugak. Jadi kalau nak kata saya boleh menggoreng sambil pejam mata tu, tidaklah sehebak tu. * Ada ura-ura nak menjadi insan humble di situ nampak gayanya . Tapi kalau nak celen dengan rasa tepung  goreng cap 'abadi' tu, hurmm well?!. 

Dan duit jual pisang goreng itulah buat beli  baju konvo Cikgu Azimah. Baik, berjaya masuk unibarsiti dan menghadiri konvo bagi puak lapisan masyarakat pada zaman saya yakni zaman telefon bimbit sebesar batu penggiling adalah sesuatu yang sangat ajaib  dan menjadi kebanggaan orang kampung dan orang kampung sebelah yu noe!
Tapi  saya rasa, emak  cikgu juga layak menerima 'anugerah' atas kudrah  dan usaha dan doa dan kerja tanpa henti usah haraplah nak ada EPF demi Cikgu Azimah, saya, arwah Teh, Atikah hidung jambu dan juga Azwana yang punya anak suster ngesot macam wan. 

Amacam sedih tak kisah saya ni? Agak-agak boleh box office, nak juga ai jual skrip kat Osman Ali ke sesapa. Tapi kalau itu filim nanti baru dua hari tayang dah masuk Astro First, baik haku tulis belog ajelah!

Resepi  dah bagi ni. Beli lagi tepung cap abadi tu ai hampuk kepala tu!.  Yang penting, sedih tak cerita saya tu? 
Bahan-bahan:
(untuk menggoreng 1 biji pisang tanduk atau 6-7 biji pisang nangka atau pisang nipah)
Sumber : Makcik Kantin aka Emak Tersyenta
1 biji pisang tanduk (potong mengikut kesukaan)
1 cawan tepung beras
Sedikit air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit kapur makan
1/2 cawan air (anggaran)

Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan telur, garam, serbuk kunyit dan kapur makan.
  • Bancuh sehingga menjadi doh seperti doh buah melaka.
  • Perapkan kira-kira 5 minit. (sementara menyediakan pisang, kuali dan minyak segala bagai)
  • Campurkan doh tadi dengan air sedikit demi sedikit. (yang 1/2 cawan tadi) sehingga menjadi adunan yang agak pekat. *tapi tahap kepekatannya lebih cair daripada bancuhan lempeng.
  • Masukkan pisang dalam bancuhan tepung.
  • Goreng dalam minyak yang panas. Apabila kerak gorengan sudah mengeras, balik-balik dan pecah-pecahkan. Sederhanakan api.
  • Goreng hingga kuning keemasan.

15 Responses to PISANG GORENG KAKAK KANTIN

  1. Mmmm nampak menarik n sedap pisang goreng tu dtambah plak kerak2 dan olahan gmbr yg channntikkkk. Bleh la try nanti k.chah...xpenah lg ltk talur hehehe. TQ RECPNYA....

  2. fuhh.. mmg hebat kerak pisang goreng niih.... terharu je baca kisah datin.. mmg tabik spring kat emak datin.. alhamdulillah, anak2 semua berjaya kan.. siap jd datin lagi ni ha.. sure org kampung dan kg sebelah bangga ;)
    tun suka guna pisang yg mmg masak ranum wat goreng pisang, yg bila makan pisang tu mmg jd lembik2. hihi

  3. chah...dah nak banjir uamah aku baca kesah sedihhh ni... errr...jgn tulis kesah kita yg sama tau....nanti boxopis..payah!!!

  4. Aslmkum Chah.jom pikat suami...kita sajikan yg enak2....hi...hi..hidang minum ptg dg pisang goreng rangup dg teh o....pasti senyum girang...

  5. Sedih2..srotttt..*lap ingus ujung lengan baju kak chah*
    Tak sedih pun buat2 sedih nih..tp part menyenget pinggang tu tetibe trbyg pinggang nan ramping..eh? ;-P
    Bak suploh kak pisang goreng tuh..ni thn rangup bp bulan nih?cer buh dlm kentena pos ke sini nk try rangup beno ke idak.kikiki

  6. echahhhhh... salamualaikommmmmm... hehehe... aritu aku dgn tak malu ngendeng2 kat makcik goreng pisang yg jual goreng pisang rangup2 gini... mujur beno la dpt resepi. klu dhumbannya paler aku lam koli nayaaaaa aku dbuatnyer! hahahahaha

  7. assalam chah, ni kak saridah classmate masa belajor buat bunge dengan kak june hari tu...akak nak minta tolong sangat sangat..boleh tak chah email akak? sorry sangat sangat...akak punye resipi gump paste hari tu terkorban dalam parit bedebah....tak sempat akak nak salin ke komputer huhuhu..... email akak saridahibrahim@gmail.com terima kasih sangat jasamu akan sentiasa dikenang

Leave a Reply